Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Friday, 16 December 2016

ROAD TO FINAL SEM 3 !!

Assalamualaikummmmm.....!!!!

Ni dah masuk minggu study week.  Maksudnya lepas ni final! oooyeaahh!!

Sis banyak miss moment-moment yang nak di update dekat blog. Nantikannn....

Cerita sem 3 ni tak story-mori (maaf merosakkan bahasa) lagi. dah ada senarai cerita dah. Tapi maklumlah. Tak bersedia lagi jari jemari nak menaip!

Secara keseluruhannya, sem 3 lagi banyak benda dilalui. Sejak-sejak dah berkecimpung dalam dunia politik ni, ada la praktis untuk jadi Yang Berhormat sikit-sikit..**ecehh padahal jadi emtiyem je kot**

Tapi rindunya..nak menaip macam ni. Rasa jadi the Real Atul  sangat bila dapat menaip. wkakwakwkakwka (ok, excited jap).

Anyway, sis rasa lebih matang sikit sekarang. **ecehhh** Well, life must go on kan!

There's a thing that i'm not realize that i have done it. Its all about the "small confession" to a person. Ya.. to him. huuu.. *blushing tetiba*.

Tunggu la. Nanti Atul cerita sikit-sikit. Agak-agak dah penat ulang kaji nanti, Atul sambung di sini pulakkkkkk...

I WANT IT





Friday, 5 August 2016

BORN DAY.

Assalamualaikum..Woot..woot!!

3 Ogos setiap tahun merupakan hari lahir aku. Tapi, aku ni jenis yang tak suka sambut hari lahir. Kalau orang wish pun, aku tak teruja sangat. Tapi aku bersyukur kalau ada yang ingat. Ade ke?? *plup.plup.


Tahun ni, genap 20 Tahun (secara rasminya). Aku tak teruja dengan umur 20 tahun ni. Aku rasa berat bila dah berusia ni. “Eh dah tua ke?” *eerrkk..


Bilamana usia meningkat, tanggungjawab pun semakin banyak. “yeke? Bukan makin banyak makan??” *hehehehehe.


Duhai seketul Atul,,,, janganlah terlalu banyak sangat main..Ingat makin lama makin muda ke? Sepatutnya semakin meningkat umur, semakin meningkat amal ibadat. Ini tidak. Apa je yang telah engkau dah sumbangkan untuk umat dan masyarakat? TIADA. Al-fatihah untuk diri sendiri yang  mati dalam kealpaan..*deep!


Namun,jangan pernah berputus asa! Selagi diberi ruang dan waktu, laksanakan segala yang telah diniatkan. Senarai wish list 20’s tu, tengok hari-hari ye.

 Insyaallah, bila hidup ada matlamat, diri ini tidak akan mudah tersasar. Insyaallah..^^ *senyum dalam-dalam.


Ingat 5 perkara  sebelum 5 perkara. Wasalam.
ingat ye..

last time celebrate birthday time form 4. After that until now, no more.

Wednesday, 3 August 2016

ONE YEAR DONE ^^

Bismillah,,alhamdulilah, officially one year degree done!!. Walaupon baru setahun, tapi aku gembira. Post kali ni lebih kepada rasa semangat sikit.

Ni menunjukkan yang aku tak putus asa dalam menenpuhi ranjau kehidupan..hahaha.. ayat.. Walaupun baru setahun, bukan senang sebenarnya.
Emm,,nak cerita apa sebenarnya ni ek?

Ha..nak cerita ni, masa belajar tak payah bercinta! *ehh?? Tak la, aku gurau je. Nak bercinta ke tak ke tu terpulang pada diri sendiri. “Habistu nak bercinta bila?” nak bercinta bila tu entahla aku pon taktahu sebab aku bukannya pernah bercinta pun. Setakat suka tu adalah sikit-sikit.*opsss..

Tapi kan, nak cerita ni.. sem satu dan sem dua memang tak sama. “Yelah, mana nak sama kan setiap sem belajar lain-lain.” Tu betul!. Tapi yang lagi betulnya, kawan pun akan lain.. “??..” tak faham kan?
 
Entahlah, aku tak kesah dah. Kalau masa awal-awal dulu tu rasa sedih la jugak. But when they starting to walk away with their way, we don’t have the right to stop them. Lelama tu aku pon dah malas nak fikir dah. So,,,kita enjoy!!

Eh, by the way, sem 2 quite fun. Seronok. Hahaha. Masa mematangkan kita semua kan.. Jadi, bilamana rasa pahit dan manis bercampur, hasilnya adalah kuah rojak! Sangat enak dimakan bersama dengan pelam muda. *kahkahkahakh

Kalau masa sem satu dulu kau nampak macam “sopan” je, bila dah masuk sem 2 tahap kesopanan tu macam dah jadi halimunan! *heeee.. Sebab? Sebabnya kau dah selesa dengan persekitaran kau.

Kalau pengalaman aku sendiri yang jenis ambil masa nak adapt dengan persekitaran baru, masa awal-awal dulu, aku memang jenis yang susah nak didekati sikit. Nak cakap pun kurang. Tapi aku memang suka memerhati. So, masa sem 2,, hehehehe.. akulah orang yang paling suka menyemak dalam bilik orang lain..nak-nak bilik Sarah n Aisyah..*kahkahkah.. Sampai bilik mereka jadi BARISTA.. port wajib untuk memekak dan melepak! *tolong jangan tiru aksi itu..

Ni dah cuti berbulan-bulan ni, rindu pulak dekat team sistar la…*sobs..sobs..

IF YOU ARE NOT LOOSING YOUR FRIENDS, YOU ARE NOT GROWING.
yang kat bawah tu single lagi, Sebab tu sorang! hahaha :P






Monday, 1 August 2016

BACHELOR ENVIRONMENT SCIENCE & TECHNOLOGY (B.E.S.T) #B.E.S.T.SEM.2


Ha..maila..cheq sambung 3 subjek lagi sem2 haritu..(review subject)

  • BBI2423-1: ACADEMIC INTERACTION AND PRESENTATION

Nak tahu tak, jujur aku tak pernah pun terfikir yang dah masuk U nanti aka nada lagi subjek BI.. *jahilnya aku hahaha* Tapi aku suka la belajar BBI ni.. dalam subjek ni, belajar sebutan huruf. Kalau korang perasan, dalam kamus kan, setiap perkataah dia ada tulis huruf untuk bunyikan words tu. Dulu aku terfikir jugak, apabendalah huruf-huruf yang berbaris-baris tu..rupanya bila dah masuk U baru aku tahu.. *huhu kesian sis..* Kelas ni paling havoc bagi aku. Aku,Aimi,Sarah,Syaza dan Ayu satu geng yang akan duduk last row dalam kelas. Lepas tu, masa lecturer tengah ajar, Aimi selalu main hp dan Lecturer kami akan perasan..Tapi Aimi pandai je nak cover line..hahahaha. Pensyarah kami namanya Sir Mariapan. Beliau, seorang yang sangat lawak. Aimi dah jadi anak angkat Sir dah.. Hahahaha.

  • QKK2101-9: BAKTI SISWA

Subjek ni kira kurikulum berkredit. Subjek yang bagus untuk menimba pengalaman. Tak banyak yang aku nak hurai pasal Baksis ni. Boleh refer pada entry-entry sebelum ni untuk tengok macam mana keseronokan hidup bermasyarakat bila kita sebagai mahasiswa mejalankan program khidmat komuniti.

  • FCE3204-3 : KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahairan berfikir atau dalam bahasa inggerisnya disebut sebagai thinking skill adalah subjek yang mengajar pelajarnya untuk berfikir. Seronok belajar subjek ni..nanti kau akan rasa sel-sel otak kau berhubung! *gurau je* Subjek ni pon ada exam tau. Ada obejektif dan subjektif. Ada la kena mengarang-mengarang sikit. Mmm lebih-lebih lagi nanti korang belajar masa kuliah ye. Aku nak pergi makan ni..hahaha.bye!
Aku suka sangat dengan pantai :)



BACHELOR ENVIRONMENT SCIENCE & TECHNOLOGY (B.E.S.T) #B.E.S.T.SEM.2


Assalamualaikum dan salam sejahtera!! Harini nak sambung balik entry yang tertangguh-tangguh dulu. Kali ni, aku nak kongsi pasal subjek B.E.S.T sem 2 pulak memandangkan tak lama lagi dah nak naik sem3 pulak. Yeay!!

  • ESC3101-2: PRINSIP KESIHATAN ALAM SEKITAR.

Subjek ni bagi aku seronok. Dalam subjek ni, kita belajar pasal kesihatan alam sekitar. Bunyi macam pelik, tapi tak adalah pelik manapun. Korang akan belajar nak kira peratus orang yang kena penyakit dalam sesuatu populasi sekiranya berlakau penyebaran wabak, belajar untuk cari dari mana punca berlakunya sesuatu wabak atau penyakit. Sebenarnya, persekitaran kita sangat berkait rapat dengan sesuatu penyakit tau. Haa nanti bila kau dah belajar, kau akan faham. Boleh jugak tengok movie contaigous(kalau salah eja maaf ye) dan baca buku OutBreak untuk tahu macam mana prinsip kesihatan alam sekitar ni kita guna dalam kehidupan seharian. Maaf, aku tak huraikan panjang lebar sangat sebab kalau aku huraikan panjang-panjang, jadi kuliah pulak!* hahahah* Tapi jangan risau, subjek ni mudah dan senang untuk korang faham dan bila dua-dua benda tu ada, bertambah-tambahlah senang untuk korang skor dalam exam…*hee klise kan!

  • ESC3509-1: PENGENALAN KEPADA ENVIROMETRIKS.

Ok, untuk subjek ni, berkisar lebih kepada statistik. Tapi jangan la korang pergi samakan dengan apa yang korang belajar masa sekolah dengan matrik dulu tu sebab statistic dalam subjek ni bukan berkisar kepada formula semata-mata dan bukan pasal tekan2 kalkulator keluar nombor je tau.. Bukan! Envirometriks ni, kau akan belajar pasal macam mana nak buat conclusion berdasarkan data-data yang ada. Dalam skop alam sekitar, data-data dan segala bacaan Indeks pencemaran membawa maksud yang tertentu mengenai tahap-tahap kualiti air, udara. Belajar pasal T-test, Z-Test, One way Annova, Two way Annova, Turkey Test, dependent and independent variable dan banyak lagi la. Part yang paling aku suka pasal envirometiks ni adalah bila kena buat hypothesis. Kalau zaman-zaman sekolah dulu, hypothesis kita kena relatedkan dengan manipulated and responding variable je kan. Envirometiks punya hypothesis lagi senang beb!Cuma kena tulis 2 hypothesis..  H0= null hypothesis(maksudnya mcm mean boys=mean girls) satu lagi, H1= alternative hypothesis (mean boys not equal to mean girls)..Kalau melibatkan Annova pulak aka nada satu lagi hypothesis untuk lihat interaction dia. Ha..yang tu nanti korang belajarlah sendiri..panjang pulak dah ni..hahaha. Oh ye..terlupa pulak, dalam envirometriks ni korang akan belajar nak solve pakai excel dan spss tau. Makanya tak la bosan sangat sebab belajar guna computer..!! Tapi jawab final tak pakai computer tau awak. Bawak alat tulis, kad matrik tu je. “Kalkulator?” Mm..kalkulator tak payah. Kan dah cakap tadi, envirometriks ni bukan sekadar nombor dan formula semata-mata..keliru? ha.. tunggu kau exam dulu then baru kau tahu macam mana..

  • ESC3508-2: MATEMATIK GUNAAN

Erm..benda yang paling mencurigakan dan paling aku tak suka,, “belajar alam sekitar pon ada math ke?” Persoalan yang paling klise aku rasakan. Hahah! Haruslah guna matematik sayang oi! Dah nama kos pon Sains dan Teknologi Alam Sekitar.. mana nak jadinya sains kalau tak da matematik, fizik,bio,kimia, tu semua dek non..Tu semua pakej lengkap tu. Jadi, kepada insan-insanbertuah yang dapat kos ni, mohon janganlah dibuang segala ilmu sains yang awak belajar dulu-dulu tu ye. Kita ni sebagai environmentalist ni istimewa sikit tau.bukan sikit, banyak..hahahaha. *Ha..kan dah banyak melencong!* Ok, dalam applied math ni, belajar pasal trapezoidal rule, taylor series (*bukan taylor swift!*) pasal differentiation, integration dan ada lagi.. Korang juga akan belajar guna MATLAB.. seronok tau belajar guna MATLAB ni.. lagi-lagi budak yang ada amik sc komp masa matrik dulu. Macam kawan aku Sarah tu, laju je dia key in formula, coding, ha..tahu-tahu jadi dah graph exponent la, logarithm la..aku pon laju jugak,, tapi laju mengcopy la!! *kahkahkah* “soalan exam macam mana?”..  soalan exam macam soalan addmath! Nanti bila soalan tu dah depan mata korang, korang tahula nak jawab macam mana..hahaha!

  • ESC3009-1: ANALISIS DAN INSTRUMENTASI ALAM SEKITAR.

“Ha, yang ni subjek apa pulak?” yang ni subjek kesukaan beta!! Hahahaha !!! *okey tak lawak!* Dalam subjek ni kau belajar pasal elemen-elemen kimia tapi dalam persekitaran contoh macam kandungan lead dalam tanah, ammonia dalam air, dan mercury dalam produk kosemtik.. “eh,ada eh?” ha..memang ada, sebab tu nak pakai produk tu tengok-tengok sikit. Bahaya tau tak mercury ni! Dalam analisis dan  instrumentasi ni korang memang main dengan kimia secara majoritinya. Lepas tu korang akan belajar cara guna mesin untuk nak analisis sample yang korang amik dari analyte korg. Contohnya nak kaji kandungan lead dalam tanah, haruslah korang amik tanah dan ada beberapa proses yang kena buat. Kalau sesiapa yang berhajat nak jadi forensik alam sekitar..mohon belajarlah subjek ni dengan sepenuh hati ye.. Lagi satu, korang kena belajar jugak pasal unit conversion.. macam mana nak tukar ke parts per billion(ppb), parts per million (ppm), parts per thousand (ppt) dan ada la jugak pengiraan sikit-sikit. “Soalan exam macam mana?” dia macam ni, soalan exam tu bergantung pada pensyarah korang la ye sis tak tahu..*hohoho..*tapi ikut pengalaman sis, alhamdulilah la..soalan tak pernah tak mencabar..

**4 subjek diatas merupakan subjek fakulti atau subjek kos B.E.S.T. Sat gi cheq tambah subjek Uni pulak ye..
tu baju fakulti.. nice kan^^

Saturday, 16 July 2016

MOMENT-MOMENT WAKTU BAKSIS

Macam yang aku pernah cakap sebelum nikan, nak kongsi gambar masa program baksis haritu. Jujur memang lambat. Maaf2..

























*p/s: aku tak mampu nak 'insert' caption sebab tak da satu pon perkataan yang mampu menggambarkan perasaan semasa buat aktiviti Bakti Siswa ni. satu lagi, maaf laa gambar senget benget..hahahahaha..bye kenangan!!

**(dulu beriya nak cari jodoh orang Perak, tapi takdir Allah lagi indah. Dapat terus keluarga angkat orang Perak..jodoh cari orang lain pulak la..heeee)

Saturday, 14 May 2016

Bakti Siswa Fasa 1 2016 (#cerita aku)

Alhamdulilah, secara rasminya kelas bakti siswa fasa 1 2016 dah pon bernoktah. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Miss Aisyah dan En. Farol atas tunuk ajar yang diberikan. Tak lupa kepada Syahmi yang banyak ajar banyak benda dan pertolongan rakan-rakan dari UPSI dalam menjayakan projek mega ni.

Pengalaman aku jadi timbalan pengarah biasa-biasa la. Adat nak kena buat itu dan ini perkara biasa. Miss banyak suruh buat tiu ini. Terima kasih jugak dekat Pengarah aku, Aizat sebab tolong handle mana yang aku tak mampu buat.
Memang kita tak mampu capai darjah kesempurnaan dalam semua perkara. Aku belajar cara-cara nak bagi arahan dekat orang bawahan macam mana. Jujur aku cakap, maaf sangat2 dekat ketua2 ajk sebab korang rasa kena push dengan kami yang ajk top ni. Tapi actually kami pon di pushhh…hahahahahaha

Jujur,aku seorang pemalu sangat. Nak cakap dalam group besar pon aku akan draft ayat tu dulu. Lepas tu semak berkali-kali ada error ke tidak. Kahkahakah.. dan kalau aku biasanya jadi silent reader, kali ni aku pulak rasa macam mana kalau orang silent reader kan kau..bhabhabha..

Nak cakap pasal orang suka or tak suka dekat kau, itu adat la wei. Maaf la kepada mana2 insan yang tak suka dengan cara aku or tak suka dengan kredibiliti aku its okay. Aku tak berapa nak kesah sangat pun. Kepada mana2 yang rasa aku marah-marah atau terover mengarah, once again..im sorry.

Benda ni datang dekat aku tanpa aku minta pon. Disebalik ni semua ada sesuatu. Kahkahkah. Pada awalnya aku Cuma menwarkan bantuan untuk mewakilkan je. Tapi ..kuang-kuang-kuang.. aku terima dengan hati terbuka. Sebab niat aku nak belajar. Life long learning kan. Mana nak kutip pengalaman ni semua kalau kita tak laluinya.

Last nak cakap, program ni nice sangat2. To ibu ayah, terima kasih sangat2 sebab support angah. Untuk bff aku (fea-nab-wafa) thnks sebab jadi pendengar aku yang setia.. Dan untuk Sara dan Syiqin dari UPSI, kolaborasi antara UPM & UPSI satu gabungan yang tepat! Korang geng2 UPSI semua best2 sgt.

Saat rasa nak mengalah,aku mesti ingat yang Allah takkan letak sesuatu perkara luar dari kemampuan diri kita. Dan jujur, Allah tahu yang aku mampu. Yeay!!

With lots of love,naz

Majlis penutupan program siswa@kampung

ok, bawah2 ni semua gambar dengan kumpulan aku.
 Bakti Siswa Kumpulan 9

semua point dekat Miss Aisyah.. Love you miss..
muah ciket..haha

diatas itu tiada apa2 melainkan kenangan kita semua bersama..hahaha
miss garang tapi baik..haha


Friday, 13 May 2016

FASA KEHIDUPAN..#part1

Setiap perjalanan hidup ini akan ada fasa-fasa yang tertentu.
 Aku mula terasa hidup aku betul2 ‘hidup’ lepas fasa persekolahan berakhir. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku sendiri rasa, masa zaman sekolah rendah dan menengah, hidup lebih kepada disusun dan tersusun. Semua ‘disuap’. Aku Cuma bercakap pada pandangan aku je. Mengambil pengalaman diri sendiri sebagai subjek untuk dihuraikan. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu ok..


Aku mula sedar, yang kehidupan aku sebenar baru nak bermula sejurus selepas tamat menjawab kertas peperiksaan teknologi maklumat(ICT) pada tahun 2013 bulan November. Ya, tahun itu adalah tahun aku SPM. Habis SPM, aku tertanya-tanya, selepas ini macam mana dengan hidup aku? Aku bebas dari peraturan sekolah, bebas dari guru displin, bebas dari kerja sekolah dan bebas dari kena pindah kelas. Haha!


Mula mencari minat? Aku pon tak tahu aku minat apa! Ok, itu masalah aku. Seingat aku, masa tunggu keputusan SPM, aku tak buat banyak perkara pun. Benda wajib adalah ikut ayah pergi kerja. Ayah ada kedai cuci kereta. Jadi, sepanjang 3 bulan tu, aku mencari nafkah bekerja dengan ayah..
**( nafkah la sangat!! Hahahahaha:P ).


Tapi bila ingat-ingat balik, duit sepanjang aku kerja dengan ayah tu, sikit pon aku tak simpan! (kuang-kuang)sebab masa tu aku tak kesah pon nak simpan duit. Maklumlah tak cukup matang. Duit yang ada aku buat beli topup, makan, dan tah kemana2 lagi aku bazirkan.


Masa habis SPM,aku berminat dah dengan pelaburan. Ayah selalu cerita dekat aku untuk melabur. Cuma masa tu ..kata2 ayah ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan (heee). Jadinya duit pon masa tu lagi banyak melebur dari melabur.. dan yang paling tak tahan tu, pantang ada duit gaji, aku pergi lenjan beli barang on-line (puihh..)sampaila kena bebel dengan ibu sebab banyak kali abang posmen datang rumah..hahahahahahah..*biasalah budak2 gatal tangan tak boleh pegang duit kan..


Akukan memang tak boleh kalau jalan2 dekat One Segamat (pasaraya) tanpa singgah kedai buku POPULAR tu.. kalau tak dapat beli buku pon, mesti aku akan beli majalah jugak. Nak dikatakan ulat buku..bolehla..dan yang menguatkan lagi andaian tu, aku dulu Tokoh Nilam peringkat Daerah Segamat tahun 2013, masa tu aku baru rasa yang aku berbakat rupanya..TOKOH NILAMM..kahkahakaha.. kau rasa??

Tapi sayang, hidup umpama roda kan..tak selalu kita akan berada diatas.. semuanya berubah bila aku masuk PLKN…bermulalah kisah yang baru…..
-Fea-Nab-Aku-Wafa-


Selamanya saya sayang bff saya!!

Hadiah JOHAN Tokoh Nilam Peringkat Daerah Segamat tahun 2013
(kategori Bahasa Melayu)




Sunday, 10 April 2016

BRIEFING SUBJECT B.E.S.T SEM 2

Assalamualaikum semua...aku tahu lama gila dah tak update blog. biasalah sibukkan. SIBUK MENCARI ALASAN!!! tak da lah sibuk mana wei. cuma tak pandai urus masa. tu je!
**emo dekat diri sendiri** huhu.


1. ESC3101-2:PRINSIP KESIHATAN ALAM SEKITAR.

Kursus ini merangkumi pelbagai isu dan masalah persekitaran yang memberi kesan ke atas kesihatan manusia berdasarkan kaedah toksikologi, epidemiologi, mikrobiologi dan kajian kes. Pencemaran di dalam beberapa media alam sekitar, bahan kimia dan racun perosak

2. ESC3509-1: PENGENALAN KEPADA ENVIROMETRIKS.
Kursus ini merangkumi topik asas statistik untuk data alamsekitar. Rumusan keadaan alam sekitar melalui analisis eksplorasidata dan statistik deskriptif dan inferans diperkenalkan. Pengaruhkebarangkalian atas persampelan dan penganggaran kesannya.

3.ESC3508-2: MATEMATIK GUNAAN UNTUK ALAM SEKITAR.
Kursus ini merangkumi prinsip asas matematik yang digunakandalam penyelesaian isu alam sekitar. Arah aliran alam sekitarditerang dengan menggunakan persamaan matematik. Topikkhas dalam model matematik akan dibincangkan juga.

4.ESC3009-1:ANALISIS DAN INSTRUMENTASI ALAM SEKITAR.
Kursus ini merangkumi analisis kimia dalam alam sekitar termasuk analisis pencemar organik, pencemar tak organik dan reaktiviti bahan pencemar dengan partikel. Penyediaan bahan kimia piawai dan kolum diperincikan. Instrumentasi terkini yang digunapakai.

5.BBI2423-1:ACADEMIC INTERACTION AND PRESENTATION.
Kursus ini melatih pelajar untuk bertutur dengan fasih dan yakin dalam interaksi dan pembentangan akademik. Kursus ini menekankan penggunaan tatabahasa yang tepat, serta kosa kata, bentuk bahasa dan ungkapan yang sesuai

6.QKK2101-9: BAKTI SISWA.
Kursus ini merangkumi perancangan komuniti, kaedah pengendalian, pelaksanaan dan penilaian aktiviti bakti siswa

7.FCE3204-3:KEMAHIRAN BERFIKIR.
Kursus ini meliputi konsep pemikiran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan membuat keputusan, dan pendekatan pengajaran kemahiran berfikir.

sumber: portal putrablast.

sedikit sebanyak la informasi tu..




Tuesday, 23 February 2016

B.E.S.T SEM 2 WEYHH

Assalamualikum...


Hari ni hari ketiga aku mula kelas. Ya, sem 2. sem kali ni ada 7 subjek. Jujur,kali ni rasanya lagi padat dan mencabar. Hari pertama kelas lagi dah ada tugasan. Hurm,, dah nampak sikit-sikit dah macam mana nak susun jadual sem2 ni. Kena fokus! Target nak jadi graduan kelas pertama dan pemimpin berwibawa!! (Eceh2 semangat baru balik kem kepimpinan) Semangat awal sem ni gembira,aktif dan bersemangat. WHUHA!!

Mengenai subjek, mula sem2 ni dah semakin fokus kepada alam sekitar.


  1. Prinsip kesihatan Alam Sekitar, 
  2. Matematik gunaan alam sekitar,
  3. Analisis dan instrumentasi alam sekitar,
  4. Pengenalan kepada envirometriks. 


Subjek lain adalah:


  1. Acedemic presentation (BBI2423), 
  2. Kemahiran berfikir 
  3.  Bakti siswa. 

Jadinya secara keseluruhan ada 7 subjek dan kredit jam sem ni aku amik 18 jam.

Okey, lps ni update pasal each subjek. Salam 😊
#iluvtobeenvironmentalist

Tuesday, 16 February 2016

EPILOG: B.E.S.T

Assalamualaikum,,

Hari ni nak sambung cerita pasal sem 1. Ya, penutup sem1. Alhamdulilah, keputusan sem1 dah keluar, lega. Pointer berapa? Hehe..pointer Aku  bolehla.. haha ..Cuma kurang lagi 0.1++ utk dapat DEKAN.  :0

Apa-apa pun, rasa bersyukur. Dah dapat tu dah gembira dah. Terbukti dah walaupun   masuk U dengan ‘second intake’ tapi kalau kita usaha,kejayaan milik kita. Ahaks! Walau pon tak dapat 4 flat lagi,insyaallah Aku akan berusaha lagi. Yeah. Jadi, bila dah habis satu sem ni, rasa gembira. Cumanya memang nak kena bersedia lagi. Sebab sem2 akan jadi lagi mencabar!! 

Secara keseluruhan, sem satu ni permulaan untuk korang. Lalui lah dengan seikhlasnya. Haha. Semua kawan2 yang dah banyak tolong, terima kasih banyak2. Khususnya pada Amirul,Fauzan,Syaza,Aimi,Mira J dan Mek. Banyak jugak rasanya kesusahan yang kiteorang dah tempuhi bersama. 

Masuk U sebagai pelajar ‘ambilan kedua’ ni tak semudah disangka. Tatkala pelajar panggilan pertama dah siap daftar kursus, kami ni yang panggilan kedua terkial-kial nak daftar. Dah tu bukan sikit punya senang. Nak kena pergi pejabat pentadbiran bahagian akademik nak kena tu nak kena ni. Paling tak boleh lupa tu, siap sesat lagi nak balik kolej. Hahaha. Serius la, pengalaman dengan dieorang semua mahal sangat. Harapan Aku agar kami ni semua kekal berteman 4 tahun ni dan tak akan putus hubungan.Aamiin.

gambar kelas :)
wefiee...haha.

Wednesday, 10 February 2016

B.E.S.T.#part3

Hah, dah jom sambung lagi 4 subjek yang aku tangguhkan haritu.


MANUSIA ALAM SEKITAR
 Subjek ni belajar pasal pencemaran alam sekitar, aktiviti manusia yang mencemarkan alam sekitar. Perbandingan antara Negara-negara luar , kesan politik kepada lalam sekitar dan banyak lagi. Jujur, subjek ni perlu pembacaan yang menyeluruh. Tapi bagi aku subjek ni menarik. Membuka minda. Contohnya, macam kereta  dicipta dan dijual dengan harga yang sangat tinggi dan bentuk yang menarik minat orang ramai untuk membelinya, tetapi harga untuk setiap pencemaran asap kereta yang dilepaskan ke udara, tiada yang membayarnya. Sedangkan harga atau akibat daripada pencemaran asap kereta yang dilepaskan ke udara lagi besar dan lagi mahal berbanding harga kereta itu sendiri. Sama macam air mineral dalam botol plastik . Harga sebotol air mineral tu baru RM.120 tetapi harga yang dibayar untuk melupuskan botol plastic tu sendiri agak-agaknya berapa? Memang sangat tidak berbaloi! Botol plastic tak mudah untuk dilupuskan. Sebab tu perlu kita kitar semula barangan plastic ni. Tu serba sedikit gambaran pasal subjek ni. Subjek ni meluas, dan aku Cuma sentuh sikit je. Kiteorang ada buat lawatan ke WETLAND PUTRAJAYA untuk assignment kiteorang.  Assignment macam biasa lah, folio dan pembentangan.


BIOLOGI ALAM SEKITAR
Subjek ni belajar mengenai biodiversity alam sekitar.Ni focus lebih kepada ekosisitem kita. Kalau berlaku pencemaran menyebabkan kepupusan dan mengancam ekosistem kita. Subejk ni ada lab. Lab pasal microbe,sampling technique dan lain-lain. Pensyarah subjek ni best. Dr. Zufar sporting sangat. Dr, banyak ajar melalui video. Mudah dan sangat ringkas. Dalam bio ni  korang belajar jugak pasal speciation,adaptation, bioremediation,biogeography,biogeochemical cycle dan banyak lagilah. Assignment ada kena buat video,pembentangan. Ada juga kena jawab test. Kelas kuliah biasanya 2 jam je.



KIMIA ALAM SEKITAR.
Dah nama pun kima, jadi apa yang dibelajar mestilah mengenai kesan bahan kimia kepada alam sekitar. Apa yang aku boleh cakap, korang kena kira pH air yang dah tercampur dengan alkai atau acid, kira solubility solution, balanced kan equation in acid or alkali medium dan teori hardness of water. Yang tu semua masih dalam ingatan aku la. Yang selebihnya ada, tapi tak ingat. Maaf ye.. Subjek ni kan, bonusnya untuk budak-budak matrik,asasi,stpm(aliran sains) . Sebab korang belajar balik apa yang korang pernah belajar dulu. Cuma ingat tak ingat je la. Faham, selang antara habis matrik or asasi or stp dengan keputusan untuk masuk u sangatlah jauh. Gap lebih kurang 3/4 bulan kan. Kimia ada lab. Lab kena punctual. Macam kiteorang dulu, lab lama wei dari pukul 2-5 lepastu nak kena hantar report hari tu jugak. So, kena pandai-pandai la bahagi kerja antara ahli kumpulan. Report hantar email. Jadinya bawak laptop ye. Tapi tak semua lab habis lambat. Ada jugak lab yang senang. Jadi, kalau rasa-rasa nak habis awal, buat eksperiment betul-betul. Pastikan result eksperiment tu valid.


FIZIK ALAM SEKITAR
Kenapa fizik? Apakaitannya dengan alam sekitar? Ok, jawapan yang paling tepat, aku sendiri tak pasti. Dah tu belajar apa je fizik? Ok, tu soalan yang bagus! Dalam fizik kau akan belajar pasal:
  1. Vector & scalar product
  2. Momentum
  3. Velocity, acceleration
  4. Impulsive force
  5. Gas pressure
  6. ……………

Banyak beb kalau aku nak senaraikan. Ada dalam 14 bab. Tapikan, ada cara sebenarnya. Fizik, Pensyarah awal-awal lagi dah cakap yang di hanya akan Tanya dalam final mengenai apa yang dia ajar dalam kuliah. Dan itu aja. Sebab tu aku bagitahu yang kuliah tu penting. Kalau acah-acah nak Tanya kawan je atau suruh kawan terangkan balik, aku rasa tetap tak sama. Tu pada pandangan aku lah. Sebab aku pernah melaluinya.

*********************************************************************************
Macam mana? Ok dah? Jadi, aku buatkan rumusan ye. Kesimpulannya pada sem satu ni,korang akan belajar lebih kepada subjek  sains. Subjek alam sekitar ada , Cuma sikit sebab nanti akan lagi mendalam pada sem berikutnya. Jadi, berhempas pulaslah anda-anda semua pada sem satu ni. Sebab apa?
Sebabnya sem-sem yang akan datang akan penuh dengan kejutan…
Hehe :D
*********************************************************************************



 *gambar masa pergi WETLAND PUTRAJAYA*

B.E.S.T #part2

Jom,nak sambung cerita pasal subjek sem 1 kos sains dan teknologi alam sekitar ni.

Sem 1, ada belajar  7subjek
  1. Titas
  2. Pertanian dan manusia
  3. Bi (CEL)
  4. Manusia dan  Alam sekitar
  5. Biologi alam sekitar
  6. Kimia alam sekitar
  7. Fizik alam sekitar

Dari 7 subjek tu, yang masuk final exam Cuma ada 5 je. Yang tak masuk final subjek bi (CEL) dan Pertanian manusia. Yang lain masuk final.


 Bi pulak, berbeza ikut band muet. Kalau band 1 & 2 kena amik BBI kalau x salah la. Kalau 3 & 4, ambil CEL. Band 5 @ 6 ambil yang lain pulak.


Titas nama panjangnya adalah Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.


‘ Titas ni belajar apa ye?’
Okay, Titas ni belajar pasal tamadun. Makna tamadun dari pelbagai pandangan, belajar pasal tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India.  Korang pernah belajar sejarah kan?? Jadinya, subjek ni lebih kurang macam sejarah. Cumanya lagi mendalam. Aku minat sejarah. Hehe.  Bagi yang alergeik dengan subjek ni, jangan risau, subjek ni Cuma sekali je dalam seminggu. Aku dulu bernasib baik la. Masa daftar kursus, kelas Titas dapat pukul 12-2 petang. Kawan aku ada yang dapat pukul 5-7 petang. Hah, yang tu memang naiya sangat la. Petang-petang kena ambil feel sejarah. Haha! Tugasan?? Tugasan kiteorg kena buat kajian. Pilihlah salah satu tamadun dan lepas tu ambil tajuk kecil. Buat kajian dan soal selidik, jadikan hasil kajian dalam bentuk folio dan pembentangan power point. Ada markah untuk setiap hasil kerja korang ye. Carry mark tersangatlah penting. Oh ya,Titas ni subjek wajib U kalau tak salah. Jadi, wajib ambil melainkan sesiapa yang dah pernah ambil masa diploma boleh pengecualian. Tapi kena U yang sama je rasanya masa dip dan ijazah.


Seterusnya, subjek
  Pertanian dan Manusia.
Hah, yang ni konfem memang subjek U (UPM). Wajib ambil. Melainkan kalau korang dulu asasi dan diploma UPM, dah boleh buat pengecualian dah. Tak payah ambil lagi masa degree. Subjek ni belajar pasal pertanian di Malaysia, penternakan dan sebagainya. Subjek ni dalam bahasa Inggeris. Tapi pensyarah aku dulu linear. Buat dwibahasa. Ada 3 kuiz dan 1 lawatan.Kuiz tu markahnya untuk carry mark. Kedatangan pon ada markah. Assignment sama juga, pilih satu tajuk untuk kajian, buat folio dan pembentangan secara berkumpulan.


** lagi 4 subjek aku sambung dalam post akan datang**





Sunday, 31 January 2016

B.E.S.T #part1

BACHELOR ENVIRONTMENT SCIENCE & TECHNOLOGY

Aku ditawarkan kos ni dekat UPM selama 4 tahun.


“kos ni boleh kerja apa ye?”
“alah kos alam sekitar , senang je kan?”
“ohh nanti kau mesti kerja dekat Jabatan Alam Sekitar kan?”

Tu lah soalan2 yang tipikal sangat bila aku dapat kos ni. Mak cik pakcik, kos alam sekitar ni bukan boleh kerja dekat jabatan alam sekitar aja ye. Boleh jadi forensik alam sekitar, consulatant dekat syarikat perindustrian ha..pensyarah pon boleh.


Belajar kos ni senang ke susah??? Jawapan klise aku lah kan:
‘dalam dunia ni tak ada apa yang senang. Semuanya perlukan usaha. Tak kiralah kau minat ke tak minat, kalau kau tak ada usaha dapat ke ? Fikir la sendiri eh.

Haha’ 😆😆


Kos sains dan teknologi alam sekitar ni bagi aku seronok. Selagi mana kau hidup atas muka bumi, selagi itulah kau terlibat dengan alam sekitar. Suasana sekeliling. Kos ni banyaknya pasal persekitaran. Air, udara, suhu, cuaca, pencemaran dan banyak lagi yang kau akan belajar. Masa tu baru kau rasa rugi sangat kalau kau tak selamatkan bumi!


Okay, sem satu aku belajar pasal Manusia Dan Alam Sekitar, Kimia Alam Sekitar, Biologi Alam Sekitar, Fizik Alam sekitar.

Subjek sains tu semua ada lab. Seronok buat lab. Satu lab makan masa 3 / 4 jam.


Kuliah pulak tak la lama mana. Paling lama dalam 2 jam macam tu. Berdasarkan pengalaman aku masa sem satu haritu, kuliah ni penting beb!  Sebab apa yang pensyarah ajar dan setiap yang keluar dari mulut dia tu yang penting dan akan masuk exam.

Jadi rajin2 kan lah diri anda untuk ke kelas ye.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

 Lps ni aku akan update setiap subjek yang aku belajar masa sem satu pulak. Tunggu ye!! 😉😘
 ni saja nak menyelit. takde motif pon k.haha

Geng gila-gila.. kahkahkah

Saturday, 30 January 2016

PROLOG: BACH.ENV.SC.TECH. (B.E.S.T)

AssalamualaikuM   :D

Ni nak cerita pasal kos degree Aku. Aku dapat kos Bachelor Environment Science Technology (B.E.S.T) a.k.a. Sains dan teknologi  alam  sekitar. Kos Aku ni ada 8 semester( 4 tahun). Kos ni bawah Fakulti Pengajian Alam Sekitar. Nak bagitahu sikit, bawah fakulti pengajian alam sekitar ada 2 kos.
  1. 1  Pengurusan alam sekitar
  2.   .       Sains dan teknologi alam sekitar.

Jadi fakulti alam sekitar ni tak besar mana pon. Fakulti ni terletak di kawasan ‘main kampus’ dan fakulti alam sekitar ni dekat sangat dengan ‘flat tikan’. Aaah ‘FLAT IKAN’ . Untung dapat fakulti yang dekat dengan ‘flat ikan ‘ sebab korang senang nak pergi beli buku. Dekat kawasan ‘flat ikan ‘ ni ada banyak kedai photostate, kedai runcit,kedai nak sewa kereta,kedai makan dan lain-lain lagi. Kadang-kadang kalau Aku malas nak ‘outing’ ke IOI Mall atau The Mines, Aku beli barang dekat kedai runcit kat ‘flat ikan’ tu je. Jimat duit tambang weh.

Jangan risau, dekat fakulti alam sekitar, bas ada lalu ye. Bas apa? Bas kolej. Cumanya, fakulti alam sekitar adalah hentian terakhir bas. Jadinya,amat nipislah peluang untuk bas kosong waktu-waktu hari kuliah  nak-nak bila dah pukul 4 petang dan keatas.Kiteorang biasanya takkan tunggu bas dekat situ. Kiteorang memilih untuk menapak ke Falkulti Sains Komputer. Sebab? Fakulti sains computer hentian kedua bas. Mula-mula bas akan berhenti dekat Fakulti Bahasa. Lepastu dekat Fakulti Sains komp, lepastu dekat Fakulti Ekologi Manusia, lepas tu dekat perpustakaan dan terakhir dekat fakulti alam sekitar. Lepas tu bas akan balik kolej. Aku duduk Kolej Muhamad Rashid (KMR) jadi aku akan turun dekat ‘bus stop’ Serumpun.


Terpulang pada korang la nak buat macam mana. Kalau tak nak jalan dari Fakulti Alam Sekitar ke Fakulti Sains Komputer, korang ada pilihan lain lagi.  Korang naik bas kolej 10& 11 ( ni bas kolej kejuruteraan, dak2 engine) bas ni memang akan lalu depan Fakulti Bahasa dan berhenti dekat ‘bus stop’ situ. Then kau turun and seberang jalan ke Fakulti Bahasa. Jangan risau, dekat situ ada lampu isyarat untuk pejalan kaki. Tekan je butang dekat tiang tu dan yeay, korang dh boleh lintas.


Lepas tu, tunggu lah bas kolej 14/15/16 (serumpun) datang eh. Meh, ni nak habaq, time ni la hangpa sumo kena tabah na.  Pasai pa? pasai time-time kemuncak ni la ramai sangat student nak balik kolej. Semua ada ‘final destination’ yang sama. Jadi kalau nak naik jugak bas, 90% biasanya kena merempuh or dirempuh. Senang cakap berebut la. “ Pelajar U berebut nak naik bas?” haha. Aku pon tak tahu la. Ni bukan macam dekat Jepun, yang boleh beratur masa nak naik bas. Ni semua nak cepat. Aku dah selalu sangat dah lalui bab2 macam ni. Mana taknya dari sekolah menengah lagi aku naik bas. Gagah la nak.. (ngeh2).

Ada rezeki kau dapatlah duduk, takda rezeki berdiri la ek. Tapi bersyukur la sebab kau jadi insane yang terpilih dapat naik bas.(kekekekeke) bukan senang ye nak lepas naik bas waktu-waktu puncak ni. Jadi bersyukur. Nanti Allah tambahkan lagi nikmatNya. :D
Tulah gambaran sedikit sebanyak yang dapat aku bagi. Kalau ada terkurang atau tersalah, Aku minta maaf ye. 

*ni tak masuk lagi pasal subjek2 B.E.S.T.*






Wednesday, 27 January 2016

PANGGILAN KEDUA !! (UPU)


Kan haritu Aku ada cakap yang Aku tak dapat panggilan pertama upu  untuk permohonan ijazah ambilan Ogos 2015. Aku buat rayuan semula. Aku tak ingat keputusan UPU tu keluar bulan berapa, tapi minggu kedua bulan Ogos tahun 2015 tu lah. Sehari selepas penguguman keputusan UPU tu, permohonan rayuan UPU dibuka.

 Aku isi. Kali ni isi kena betul-betul. Permohonan upu kali kedua ni takda keistimewaan sangat. Kau kena faham, bila cakap yang ini adalah rayuan, maksudnya untuk kau dapat tempat dalam sesebuah IPTA tu bergantung kepada kekosongan. Sebab kebanyakan tempat dah diisi dengan mereka yang dapat panggilan UPU pertama dan mereka yang menerima setiap kos yang ditawarkan. Cuak ke tak cuak wei!! Aku dok pikir macam mana kalau aku tak dapat? Apa aku nak buat? Kerja? Ke nak masuk uni Swasta(memang tak la)?

Masa isi upu yang rayuan ni, kau Cuma diberi 2 pilihan untuk memilih sahaja. Kali ni serius eh! Tolong jangan salah pilih kos. Semak dulu syarat kelayakan untuk kos yang kau pilih tu betul-betul.Kadang, pointer kau cantik masa matrik/asasi/diploma lepas tu masa kau mohon upu kau tak isi betul-betul pon boleh menyebabkan kau tak dapat panggilan pertama. Tak semestinya yang kena buat rayuan upu kali kedua ni semuanya yang pointer rendah ok. Bagi aku ni semua rezeki. Aku percaya ada hikmahnya tak dapat panggilan pertama UPU. 

Aku? Alhamdulilah. Aku dapat panggilan UPU yang kedua tu. Dapat-dapat , tak sangka dapat apa yang aku pilih tu dekat UPM walaupon panggilan kedua (aku kalau nak satu tu aku akan buat sampai dapat).


Kesimpulan untuk yang tak dapat panggilan pertama UPU,  tolong buat rayuan! (tolong jangan mudah putus asa). Masa buat rayuan kedua, pastikan:

      1. Tak terlepas tarikh untuk permohonan rayuan UPU yang dibuka.
2.       Pilih kos betul-betul sebab kau Cuma ada dua pilihan je. Kalau perlu dapatkan      bantuan kaunselor ke.
3.       Elakkan pilih kos yang ‘famous’ sebab takut takda kekosongan lagi.
4.       Jangan pilih kos yang kau tak dapat masa isi upu pertama tu. Cari kos lain.
5.       Banyakkan berdoa. Ingat doa tu kan senjata mukmin.
Lama juga ye nak tunggu panggilan kedua ni. Pengalaman aku haritu hampir sebulan lebih. Masa tu budak-budak panggilan pertama dah habis orentasi dah dan ada juga yang dah mula kuliah. Jadi kau ada kelebihan untuk tak merasai sesi orentasi yang seronok-seronok tetapi  memenatkan (ngeh-ngeh) dan kekurangan kau kena ‘cover’ sejauh mana budak panggilan pertama tu dah belajar. Jadi sama je susahnya! Hahaha.  :P




Monday, 25 January 2016

TWO SERIES,,ehek!

Menginjak ke angka dua-puluh tahun, menyebabkan Aku berfikir. Ini masa muda remajaku (remaja lagi ke? kekekeke). Secara peribadi, Aku yakin jika pada usia awal 20-an ini Aku tidak merencanakan sesuatu yang baik, nescaya masa hadapanku akan mengalami masalah.
 Kadangkala kawan-kawanku berkata,


 “alah, rileklah”,
 “wei,tu setakat umur je kot.Kau tak yah nak fikir banyak sangat. Buat semak otak aje.”


 Rata-rata kawanku berpendapat usia muda begini seharusnya digunakan untuk bersuka ria. Namun tidak bagiku.Aku merasakan bahawa Aku perlu lebih serius merencanakan masa hadapanku. Segala yang bakal terjadi lagi beberapa tahun bermula dari sekarang. 

Aku mula merencanakan seberapa banyak simpanan perlu aku peroleh, gaji, kerja, nak kahwin bila , nak bentuk keluarga.
Ya bunyi macam rumit kan?


 “ kau baru 20 tahun, tak yah fikir jauh sangat!”


Aah , mungkin dia betul, tapi sayangnya kata-kata itu tidak mungkin bertahan lama kan. Masa terus berlalu dan  kita semua akan ada kehidupan sendiri.  Kesusahan yang Aku hadapi membuatkan aku lebih bersedia untuk kehidupan mendatang.

 Kata ayah, hidup ni biar ada ‘life’ sikit. Hehe. Macam kelakar je Aku rasa. Ye Aku faham maksud ayah. Dan secara jujurnya Aku pun ada impian sendiri. Aku nak bermusafir, aku nak berniaga , Aku nak ikut program itu ini. Sebab masa zaman university nilah Aku nak rasa semua benda.

Iya, jujurnya macam tulah yang Aku rasa. Tapi tak semua tahu kan, nak laksanakan semua itu lagi berat dari merencanakan hal tersebut. Tapi takpa, Aku akan terus berusaha. Teringat akan kata-kata ni,
 “Impian kau akan tercapai bilamana usaha kau lagi besar daripada alasan!”
ya, dan Aku tengah berusaha melaksanakannya. Maksud Aku, mengecilkan alas an untuk setiap perkara yang jadi impian Aku.

 Haha ! J