Menginjak ke angka dua-puluh tahun, menyebabkan Aku
berfikir. Ini masa muda remajaku (remaja lagi ke? kekekeke). Secara peribadi, Aku yakin jika pada usia
awal 20-an ini Aku tidak merencanakan sesuatu yang baik, nescaya masa hadapanku
akan mengalami masalah.
Kadangkala kawan-kawanku
berkata,
“alah, rileklah”,
“wei,tu setakat umur
je kot.Kau tak yah nak fikir banyak sangat. Buat semak otak aje.”
Rata-rata kawanku
berpendapat usia muda begini seharusnya digunakan untuk bersuka ria. Namun
tidak bagiku.Aku merasakan bahawa Aku perlu lebih serius merencanakan masa
hadapanku. Segala yang bakal terjadi lagi beberapa tahun bermula dari sekarang.
Aku mula merencanakan seberapa banyak simpanan perlu aku peroleh, gaji, kerja,
nak kahwin bila , nak bentuk keluarga.
Ya bunyi macam rumit kan?
“ kau baru 20 tahun,
tak yah fikir jauh sangat!”
Aah , mungkin dia betul, tapi sayangnya kata-kata itu tidak
mungkin bertahan lama kan. Masa terus berlalu dan kita semua akan ada kehidupan sendiri. Kesusahan yang Aku hadapi membuatkan aku lebih
bersedia untuk kehidupan mendatang.
Kata ayah, hidup ni
biar ada ‘life’ sikit. Hehe. Macam kelakar je Aku rasa. Ye Aku faham maksud
ayah. Dan secara jujurnya Aku pun ada impian sendiri. Aku nak bermusafir, aku
nak berniaga , Aku nak ikut program itu ini. Sebab masa zaman university nilah
Aku nak rasa semua benda.
Iya, jujurnya macam tulah yang Aku rasa. Tapi tak semua tahu
kan, nak laksanakan semua itu lagi berat dari merencanakan hal tersebut. Tapi
takpa, Aku akan terus berusaha. Teringat akan kata-kata ni,
“Impian kau akan tercapai bilamana usaha kau lagi besar daripada alasan!”
ya, dan Aku tengah berusaha melaksanakannya. Maksud Aku,
mengecilkan alas an untuk setiap perkara yang jadi impian Aku.
Haha ! J
No comments:
Post a Comment