Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Sunday, 25 December 2022

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Penghujung tahun 2022 membawa satu memori yang sangat manis untuk dikenang sebab berpeluang untuk menjejakkan kaki buat kali pertama ke negara matahari terbit! Yes, betul tu negara Jepun!! Selama 2 minggu berada di sana sangat- sangat seronok ya. Program Sakura Science ni berlangsung daripada 4 Disember 2022 sehingga 17 Disember 2022 (musim sejuk). segala kos penginapan dan pengangkutan seperti tiket penerbangan ditanggung oleh penganjur program. Jujur, tu yang paling best! haha kiranya kiter hanya bawa duit belanja kiter je la. 

Penerbangan pergi dan balik kedua-duanya menaiki Thai Airways punya penerbangan dan transit dekat Thailand. This is my first time flight more than 2 hours tapi mujur la Thai Airways tu selesa sangat! Makanan dia sediakan pun sedap sangat. Penerbangan dari KLIA ke Bangkok pada  jam 9 malam dan daripada Bangkok ke Fukuoka airport pada jam 12.48 malam. Jadinya masa sampai dekat Jepun, memamng dapat tengok matahari terbit dari atas awan. and thanks god, I dapat window seat! haha




Masa sampai dekat airport tu, banyak sikit process kena buat sebab waktu tu negara Jepun baru buka sempadan sebab covid-19. Jadinya banyak declaration process yang kena lalui. Wajib ade vaksin and perlu booster dose untuk masuk sana. Tapi, tak risau sebab sistem dorang sangat cekap ye. Jadinya lancar je semua urusan. Alhamdulilah.



Kawasan yang kami lawati merangkumi Nagasaki Prefecture ( Tsushima Island, Nagasaki University & Saikei) fokus programme ni adalah untuk belajar mengenai cara hidup serta masalah berkaitan alam sekitar pada kawasan luar bandar. Hari pertama sampai, kami semua menginap di Comfort Hotel, yang terletak tak jauh dari Fukuoka Airport sebab keesokan harinya kami perlu mengambil penerbangan domestik dari Fukuoka Airport ke Tsushima Island Airport. Kira macam penerbangan dari Klia ke Langkawi macam tu. 







Pertama kali sampai dekat Tsushima Island tu, rasa macam dalam drama hometown cha cha cha (hehe). Kawasan tu sangat macam perkampungan. Tapi dia bukan kampung sebarang kampung ye. Ianya kawasan kampung yang sangat berteknologi sebab liputan internet menyeluruh. Masa lawatan kami ke sana, kami discover masalah yang dihadapi penduduk kampung disitu. Rata- rata penduduk dekat situ menjalankan kegiatan pertanian (padi) dan populasi yang tinggal dekat situ tak banyak. Ada satu kawasan yang kami lawati, dekat kampung tu yang tinggal tak sampai 500 orang. Isunya adalah kawasan situ dulu memang fokus pada pertanian dan penangkapan ikan, tapi setelah penubuhan empangan, berlaku konflik alam sekitar, dimana penanaman padi merosot dan ikan jadi kurang sebab tak dapat migrate. Jadinya masyarakat mula untuk keluar ke kawasan bandar untuk mendapatkan taraf ekonomi yang lebih baik. Akhirnya, bila semakin ramai penduduk berhijrah, kawasan pertanian tu jadi terbiar dan hal ini juga telah menyumbang kepada masalah gangguan ecosystem. Kawasan Tsushima Island adalah satu satunya kawasan yang mempunyai kucing liar (wild cat) dan apabila populasi penduduk makin berkurangan, populasi wild cat ni juga menjadi kurang sebab kucing ni tak boleh survive bila sumber makanan mereka tiada dan akhirnya menjadikan wild cat ni sebagai endemic species. 







Disamping itu, kami juga berpeluang melawat keadaan hutan di sana. Secara umum, hutan di Jepun adalah berasakan kayu lembut (pine, oak) dan masalah yang berlaku di Tsushima Island ni, adalah over population of rusa. Rusa yang banyak telah menyebakan hutan dekat sana jadi macam gersang sangat sebab tak menghijau. Pokok-pokok kebanyakan akan mati bila ditanduk oleh tanduk rusa tersebut. Bila hutan tiada tanaman hijau menutupi bahagian tanah (sebab rusan makan rumput-rumput), bila hujan, berlaku penghakisan tanah. Kami berpeluang menemui pengusaha cendawan shittake yang telah mengusahakan tanaman  tersebut berpuluh tahun. Kebiasaanya pokok oak digunakan untuk jadi medium percambahan cendawan shittake tersebut. Benih akan diinject kedalam pokok tersebut. Dan kesinambungan daripada masalah over population rusa ni, penduduk dekat sini ambil inisiatif untuk memburu bagi tujuan membunuh dan kemudian mereka tanam. Bagi mereka, rusa tersebut adalah haiwan yang tida elok justeru mereka hanya membunuuh dan tanam sahaja, Namun, ada inisiatif dari sebuah syarikat dikenali sebagai Daidai Corp untuk explore kegunaan rusa tersebut menjadi barangan kulit yang akan dikomersialkan. 
















Selain itu, kawasan Tsushima Island tu juga mengalami masalah marine debris yang bagi kesan negatif kepada alam sekitar. kedudukan Tsushima Island yang terletak antara Jepun dan Korea telah bagi kesan kepada kawasan pulau disitu. Tshushima Island sangat dekat dengan Busan, Korea. Kalau naik kapal erbang dalam 45 minit macam tu (kalau tak salah). dan kawasan sempadan Busan boleh dilihat jelas dari Tshushima Island lebih lebih lagi pada waktu malam sebab lampu di kawasan Busan tu terlihat terang (bergantung pada cuaca)








Jadinya berakhir la aktivti kami pada minggu pertama di Jepun iaitu di Tsushima Island.  Baki lagi 7 hari akan bersambung di Part 2


No comments:

Post a Comment