Aku ditawarkan kos ni dekat UPM selama 4 tahun.
“kos ni boleh kerja apa ye?”
“alah kos alam sekitar , senang je kan?”
“ohh nanti kau mesti kerja dekat Jabatan Alam Sekitar kan?”
Tu lah soalan2 yang tipikal sangat bila aku dapat kos ni. Mak cik pakcik, kos alam sekitar ni bukan boleh kerja dekat jabatan alam sekitar aja ye. Boleh jadi forensik alam sekitar, consulatant dekat syarikat perindustrian ha..pensyarah pon boleh.
Belajar kos ni senang ke susah??? Jawapan klise aku lah kan:
‘dalam dunia ni tak ada apa yang senang. Semuanya perlukan usaha. Tak kiralah kau minat ke tak minat, kalau kau tak ada usaha dapat ke ? Fikir la sendiri eh.
Haha’ ππ
Kos sains dan teknologi alam sekitar ni bagi aku seronok. Selagi mana kau hidup atas muka bumi, selagi itulah kau terlibat dengan alam sekitar. Suasana sekeliling. Kos ni banyaknya pasal persekitaran. Air, udara, suhu, cuaca, pencemaran dan banyak lagi yang kau akan belajar. Masa tu baru kau rasa rugi sangat kalau kau tak selamatkan bumi!
Okay, sem satu aku belajar pasal Manusia Dan Alam Sekitar, Kimia Alam Sekitar, Biologi Alam Sekitar, Fizik Alam sekitar.
Subjek sains tu semua ada lab. Seronok buat lab. Satu lab makan masa 3 / 4 jam.
Kuliah pulak tak la lama mana. Paling lama dalam 2 jam macam tu. Berdasarkan pengalaman aku masa sem satu haritu, kuliah ni penting beb! Sebab apa yang pensyarah ajar dan setiap yang keluar dari mulut dia tu yang penting dan akan masuk exam.
Jadi rajin2 kan lah diri anda untuk ke kelas ye.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Lps ni aku akan update setiap subjek yang aku belajar masa sem satu pulak. Tunggu ye!! ππ
No comments:
Post a Comment