Jom,nak sambung cerita pasal subjek sem 1 kos sains dan
teknologi alam sekitar ni.
Sem 1, ada belajar 7subjek
- Titas
- Pertanian dan manusia
- Bi (CEL)
- Manusia dan Alam sekitar
- Biologi alam sekitar
- Kimia alam sekitar
- Fizik alam sekitar
Dari 7 subjek tu, yang masuk final exam Cuma ada 5 je. Yang
tak masuk final subjek bi (CEL) dan Pertanian manusia. Yang lain masuk final.
Bi pulak, berbeza
ikut band muet. Kalau band 1 & 2 kena amik BBI kalau x salah la. Kalau 3
& 4, ambil CEL. Band 5 @ 6 ambil yang lain pulak.
Titas nama panjangnya adalah Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.
‘ Titas ni belajar apa ye?’
Okay, Titas ni belajar pasal tamadun. Makna tamadun dari
pelbagai pandangan, belajar pasal tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun Cina
dan Tamadun India. Korang pernah belajar
sejarah kan?? Jadinya, subjek ni lebih kurang macam sejarah. Cumanya lagi
mendalam. Aku minat sejarah. Hehe. Bagi
yang alergeik dengan subjek ni, jangan risau, subjek ni Cuma sekali je dalam
seminggu. Aku dulu bernasib baik la. Masa daftar kursus, kelas Titas dapat
pukul 12-2 petang. Kawan aku ada yang dapat pukul 5-7 petang. Hah, yang tu
memang naiya sangat la. Petang-petang kena ambil feel sejarah. Haha! Tugasan??
Tugasan kiteorg kena buat kajian. Pilihlah salah satu tamadun dan lepas tu ambil
tajuk kecil. Buat kajian dan soal selidik, jadikan hasil kajian dalam bentuk
folio dan pembentangan power point. Ada markah untuk setiap hasil kerja korang
ye. Carry mark tersangatlah penting. Oh ya,Titas ni subjek wajib U kalau tak
salah. Jadi, wajib ambil melainkan sesiapa yang dah pernah ambil masa diploma
boleh pengecualian. Tapi kena U yang sama je rasanya masa dip dan ijazah.
Seterusnya, subjek
Pertanian dan Manusia.
Hah, yang ni konfem memang subjek U (UPM). Wajib ambil.
Melainkan kalau korang dulu asasi dan diploma UPM, dah boleh buat pengecualian
dah. Tak payah ambil lagi masa degree. Subjek ni belajar pasal pertanian di
Malaysia, penternakan dan sebagainya. Subjek ni dalam bahasa Inggeris. Tapi
pensyarah aku dulu linear. Buat dwibahasa. Ada 3 kuiz dan 1 lawatan.Kuiz tu
markahnya untuk carry mark. Kedatangan pon ada markah. Assignment sama juga,
pilih satu tajuk untuk kajian, buat folio dan pembentangan secara berkumpulan.
No comments:
Post a Comment