Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Monday, 1 August 2016

BACHELOR ENVIRONMENT SCIENCE & TECHNOLOGY (B.E.S.T) #B.E.S.T.SEM.2


Assalamualaikum dan salam sejahtera!! Harini nak sambung balik entry yang tertangguh-tangguh dulu. Kali ni, aku nak kongsi pasal subjek B.E.S.T sem 2 pulak memandangkan tak lama lagi dah nak naik sem3 pulak. Yeay!!

  • ESC3101-2: PRINSIP KESIHATAN ALAM SEKITAR.

Subjek ni bagi aku seronok. Dalam subjek ni, kita belajar pasal kesihatan alam sekitar. Bunyi macam pelik, tapi tak adalah pelik manapun. Korang akan belajar nak kira peratus orang yang kena penyakit dalam sesuatu populasi sekiranya berlakau penyebaran wabak, belajar untuk cari dari mana punca berlakunya sesuatu wabak atau penyakit. Sebenarnya, persekitaran kita sangat berkait rapat dengan sesuatu penyakit tau. Haa nanti bila kau dah belajar, kau akan faham. Boleh jugak tengok movie contaigous(kalau salah eja maaf ye) dan baca buku OutBreak untuk tahu macam mana prinsip kesihatan alam sekitar ni kita guna dalam kehidupan seharian. Maaf, aku tak huraikan panjang lebar sangat sebab kalau aku huraikan panjang-panjang, jadi kuliah pulak!* hahahah* Tapi jangan risau, subjek ni mudah dan senang untuk korang faham dan bila dua-dua benda tu ada, bertambah-tambahlah senang untuk korang skor dalam exam…*hee klise kan!

  • ESC3509-1: PENGENALAN KEPADA ENVIROMETRIKS.

Ok, untuk subjek ni, berkisar lebih kepada statistik. Tapi jangan la korang pergi samakan dengan apa yang korang belajar masa sekolah dengan matrik dulu tu sebab statistic dalam subjek ni bukan berkisar kepada formula semata-mata dan bukan pasal tekan2 kalkulator keluar nombor je tau.. Bukan! Envirometriks ni, kau akan belajar pasal macam mana nak buat conclusion berdasarkan data-data yang ada. Dalam skop alam sekitar, data-data dan segala bacaan Indeks pencemaran membawa maksud yang tertentu mengenai tahap-tahap kualiti air, udara. Belajar pasal T-test, Z-Test, One way Annova, Two way Annova, Turkey Test, dependent and independent variable dan banyak lagi la. Part yang paling aku suka pasal envirometiks ni adalah bila kena buat hypothesis. Kalau zaman-zaman sekolah dulu, hypothesis kita kena relatedkan dengan manipulated and responding variable je kan. Envirometiks punya hypothesis lagi senang beb!Cuma kena tulis 2 hypothesis..  H0= null hypothesis(maksudnya mcm mean boys=mean girls) satu lagi, H1= alternative hypothesis (mean boys not equal to mean girls)..Kalau melibatkan Annova pulak aka nada satu lagi hypothesis untuk lihat interaction dia. Ha..yang tu nanti korang belajarlah sendiri..panjang pulak dah ni..hahaha. Oh ye..terlupa pulak, dalam envirometriks ni korang akan belajar nak solve pakai excel dan spss tau. Makanya tak la bosan sangat sebab belajar guna computer..!! Tapi jawab final tak pakai computer tau awak. Bawak alat tulis, kad matrik tu je. “Kalkulator?” Mm..kalkulator tak payah. Kan dah cakap tadi, envirometriks ni bukan sekadar nombor dan formula semata-mata..keliru? ha.. tunggu kau exam dulu then baru kau tahu macam mana..

  • ESC3508-2: MATEMATIK GUNAAN

Erm..benda yang paling mencurigakan dan paling aku tak suka,, “belajar alam sekitar pon ada math ke?” Persoalan yang paling klise aku rasakan. Hahah! Haruslah guna matematik sayang oi! Dah nama kos pon Sains dan Teknologi Alam Sekitar.. mana nak jadinya sains kalau tak da matematik, fizik,bio,kimia, tu semua dek non..Tu semua pakej lengkap tu. Jadi, kepada insan-insanbertuah yang dapat kos ni, mohon janganlah dibuang segala ilmu sains yang awak belajar dulu-dulu tu ye. Kita ni sebagai environmentalist ni istimewa sikit tau.bukan sikit, banyak..hahahaha. *Ha..kan dah banyak melencong!* Ok, dalam applied math ni, belajar pasal trapezoidal rule, taylor series (*bukan taylor swift!*) pasal differentiation, integration dan ada lagi.. Korang juga akan belajar guna MATLAB.. seronok tau belajar guna MATLAB ni.. lagi-lagi budak yang ada amik sc komp masa matrik dulu. Macam kawan aku Sarah tu, laju je dia key in formula, coding, ha..tahu-tahu jadi dah graph exponent la, logarithm la..aku pon laju jugak,, tapi laju mengcopy la!! *kahkahkah* “soalan exam macam mana?”..  soalan exam macam soalan addmath! Nanti bila soalan tu dah depan mata korang, korang tahula nak jawab macam mana..hahaha!

  • ESC3009-1: ANALISIS DAN INSTRUMENTASI ALAM SEKITAR.

“Ha, yang ni subjek apa pulak?” yang ni subjek kesukaan beta!! Hahahaha !!! *okey tak lawak!* Dalam subjek ni kau belajar pasal elemen-elemen kimia tapi dalam persekitaran contoh macam kandungan lead dalam tanah, ammonia dalam air, dan mercury dalam produk kosemtik.. “eh,ada eh?” ha..memang ada, sebab tu nak pakai produk tu tengok-tengok sikit. Bahaya tau tak mercury ni! Dalam analisis dan  instrumentasi ni korang memang main dengan kimia secara majoritinya. Lepas tu korang akan belajar cara guna mesin untuk nak analisis sample yang korang amik dari analyte korg. Contohnya nak kaji kandungan lead dalam tanah, haruslah korang amik tanah dan ada beberapa proses yang kena buat. Kalau sesiapa yang berhajat nak jadi forensik alam sekitar..mohon belajarlah subjek ni dengan sepenuh hati ye.. Lagi satu, korang kena belajar jugak pasal unit conversion.. macam mana nak tukar ke parts per billion(ppb), parts per million (ppm), parts per thousand (ppt) dan ada la jugak pengiraan sikit-sikit. “Soalan exam macam mana?” dia macam ni, soalan exam tu bergantung pada pensyarah korang la ye sis tak tahu..*hohoho..*tapi ikut pengalaman sis, alhamdulilah la..soalan tak pernah tak mencabar..

**4 subjek diatas merupakan subjek fakulti atau subjek kos B.E.S.T. Sat gi cheq tambah subjek Uni pulak ye..
tu baju fakulti.. nice kan^^

No comments:

Post a Comment