Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Wednesday, 10 February 2016

B.E.S.T.#part3

Hah, dah jom sambung lagi 4 subjek yang aku tangguhkan haritu.


MANUSIA ALAM SEKITAR
 Subjek ni belajar pasal pencemaran alam sekitar, aktiviti manusia yang mencemarkan alam sekitar. Perbandingan antara Negara-negara luar , kesan politik kepada lalam sekitar dan banyak lagi. Jujur, subjek ni perlu pembacaan yang menyeluruh. Tapi bagi aku subjek ni menarik. Membuka minda. Contohnya, macam kereta  dicipta dan dijual dengan harga yang sangat tinggi dan bentuk yang menarik minat orang ramai untuk membelinya, tetapi harga untuk setiap pencemaran asap kereta yang dilepaskan ke udara, tiada yang membayarnya. Sedangkan harga atau akibat daripada pencemaran asap kereta yang dilepaskan ke udara lagi besar dan lagi mahal berbanding harga kereta itu sendiri. Sama macam air mineral dalam botol plastik . Harga sebotol air mineral tu baru RM.120 tetapi harga yang dibayar untuk melupuskan botol plastic tu sendiri agak-agaknya berapa? Memang sangat tidak berbaloi! Botol plastic tak mudah untuk dilupuskan. Sebab tu perlu kita kitar semula barangan plastic ni. Tu serba sedikit gambaran pasal subjek ni. Subjek ni meluas, dan aku Cuma sentuh sikit je. Kiteorang ada buat lawatan ke WETLAND PUTRAJAYA untuk assignment kiteorang.  Assignment macam biasa lah, folio dan pembentangan.


BIOLOGI ALAM SEKITAR
Subjek ni belajar mengenai biodiversity alam sekitar.Ni focus lebih kepada ekosisitem kita. Kalau berlaku pencemaran menyebabkan kepupusan dan mengancam ekosistem kita. Subejk ni ada lab. Lab pasal microbe,sampling technique dan lain-lain. Pensyarah subjek ni best. Dr. Zufar sporting sangat. Dr, banyak ajar melalui video. Mudah dan sangat ringkas. Dalam bio ni  korang belajar jugak pasal speciation,adaptation, bioremediation,biogeography,biogeochemical cycle dan banyak lagilah. Assignment ada kena buat video,pembentangan. Ada juga kena jawab test. Kelas kuliah biasanya 2 jam je.



KIMIA ALAM SEKITAR.
Dah nama pun kima, jadi apa yang dibelajar mestilah mengenai kesan bahan kimia kepada alam sekitar. Apa yang aku boleh cakap, korang kena kira pH air yang dah tercampur dengan alkai atau acid, kira solubility solution, balanced kan equation in acid or alkali medium dan teori hardness of water. Yang tu semua masih dalam ingatan aku la. Yang selebihnya ada, tapi tak ingat. Maaf ye.. Subjek ni kan, bonusnya untuk budak-budak matrik,asasi,stpm(aliran sains) . Sebab korang belajar balik apa yang korang pernah belajar dulu. Cuma ingat tak ingat je la. Faham, selang antara habis matrik or asasi or stp dengan keputusan untuk masuk u sangatlah jauh. Gap lebih kurang 3/4 bulan kan. Kimia ada lab. Lab kena punctual. Macam kiteorang dulu, lab lama wei dari pukul 2-5 lepastu nak kena hantar report hari tu jugak. So, kena pandai-pandai la bahagi kerja antara ahli kumpulan. Report hantar email. Jadinya bawak laptop ye. Tapi tak semua lab habis lambat. Ada jugak lab yang senang. Jadi, kalau rasa-rasa nak habis awal, buat eksperiment betul-betul. Pastikan result eksperiment tu valid.


FIZIK ALAM SEKITAR
Kenapa fizik? Apakaitannya dengan alam sekitar? Ok, jawapan yang paling tepat, aku sendiri tak pasti. Dah tu belajar apa je fizik? Ok, tu soalan yang bagus! Dalam fizik kau akan belajar pasal:
  1. Vector & scalar product
  2. Momentum
  3. Velocity, acceleration
  4. Impulsive force
  5. Gas pressure
  6. ……………

Banyak beb kalau aku nak senaraikan. Ada dalam 14 bab. Tapikan, ada cara sebenarnya. Fizik, Pensyarah awal-awal lagi dah cakap yang di hanya akan Tanya dalam final mengenai apa yang dia ajar dalam kuliah. Dan itu aja. Sebab tu aku bagitahu yang kuliah tu penting. Kalau acah-acah nak Tanya kawan je atau suruh kawan terangkan balik, aku rasa tetap tak sama. Tu pada pandangan aku lah. Sebab aku pernah melaluinya.

*********************************************************************************
Macam mana? Ok dah? Jadi, aku buatkan rumusan ye. Kesimpulannya pada sem satu ni,korang akan belajar lebih kepada subjek  sains. Subjek alam sekitar ada , Cuma sikit sebab nanti akan lagi mendalam pada sem berikutnya. Jadi, berhempas pulaslah anda-anda semua pada sem satu ni. Sebab apa?
Sebabnya sem-sem yang akan datang akan penuh dengan kejutan…
Hehe :D
*********************************************************************************



 *gambar masa pergi WETLAND PUTRAJAYA*

No comments:

Post a Comment