Setiap perjalanan hidup ini akan ada fasa-fasa yang
tertentu.
Aku mula terasa hidup aku betul2 ‘hidup’ lepas fasa persekolahan
berakhir. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku sendiri rasa, masa zaman sekolah
rendah dan menengah, hidup lebih kepada disusun dan tersusun. Semua ‘disuap’.
Aku Cuma bercakap pada pandangan aku je. Mengambil pengalaman diri sendiri
sebagai subjek untuk dihuraikan. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu
ok..
Aku mula sedar, yang kehidupan aku sebenar baru nak bermula
sejurus selepas tamat menjawab kertas peperiksaan teknologi maklumat(ICT) pada
tahun 2013 bulan November. Ya, tahun itu adalah tahun aku SPM. Habis SPM, aku
tertanya-tanya, selepas ini macam mana dengan hidup aku? Aku bebas dari
peraturan sekolah, bebas dari guru displin, bebas dari kerja sekolah dan bebas
dari kena pindah kelas. Haha!
Mula mencari minat? Aku pon tak tahu aku minat apa! Ok, itu
masalah aku. Seingat aku, masa tunggu keputusan SPM, aku tak buat banyak
perkara pun. Benda wajib adalah ikut ayah pergi kerja. Ayah ada kedai cuci
kereta. Jadi, sepanjang 3 bulan tu, aku mencari nafkah bekerja dengan ayah..
**( nafkah la
sangat!! Hahahahaha:P ).
Tapi bila ingat-ingat balik, duit sepanjang aku kerja dengan
ayah tu, sikit pon aku tak simpan! (kuang-kuang)sebab masa tu aku tak kesah pon
nak simpan duit. Maklumlah tak cukup matang. Duit yang ada aku buat beli topup,
makan, dan tah kemana2 lagi aku bazirkan.
Masa habis SPM,aku berminat dah dengan pelaburan. Ayah
selalu cerita dekat aku untuk melabur. Cuma masa tu ..kata2 ayah ibarat masuk
telinga kiri keluar telinga kanan (heee). Jadinya duit pon masa tu lagi banyak
melebur dari melabur.. dan yang paling tak tahan tu, pantang ada duit gaji, aku
pergi lenjan beli barang on-line (puihh..)sampaila kena bebel dengan ibu sebab banyak
kali abang posmen datang rumah..hahahahahahah..*biasalah budak2 gatal tangan
tak boleh pegang duit kan..
Akukan memang tak boleh kalau jalan2 dekat One Segamat
(pasaraya) tanpa singgah kedai buku POPULAR tu.. kalau tak dapat beli buku pon,
mesti aku akan beli majalah jugak. Nak dikatakan ulat buku..bolehla..dan yang
menguatkan lagi andaian tu, aku dulu Tokoh Nilam peringkat Daerah Segamat tahun
2013, masa tu aku baru rasa yang aku berbakat rupanya..TOKOH NILAMM..kahkahakaha..
kau rasa??
Tapi sayang, hidup umpama roda kan..tak selalu kita akan
berada diatas.. semuanya berubah bila aku masuk PLKN…bermulalah kisah yang
baru…..
![]() |
-Fea-Nab-Aku-Wafa- |
![]() |
Selamanya saya sayang bff saya!! |
![]() |
Hadiah JOHAN Tokoh Nilam Peringkat Daerah Segamat tahun 2013 (kategori Bahasa Melayu) |
No comments:
Post a Comment