Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Friday, 5 August 2016

BORN DAY.

Assalamualaikum..Woot..woot!!

3 Ogos setiap tahun merupakan hari lahir aku. Tapi, aku ni jenis yang tak suka sambut hari lahir. Kalau orang wish pun, aku tak teruja sangat. Tapi aku bersyukur kalau ada yang ingat. Ade ke?? *plup.plup.


Tahun ni, genap 20 Tahun (secara rasminya). Aku tak teruja dengan umur 20 tahun ni. Aku rasa berat bila dah berusia ni. “Eh dah tua ke?” *eerrkk..


Bilamana usia meningkat, tanggungjawab pun semakin banyak. “yeke? Bukan makin banyak makan??” *hehehehehe.


Duhai seketul Atul,,,, janganlah terlalu banyak sangat main..Ingat makin lama makin muda ke? Sepatutnya semakin meningkat umur, semakin meningkat amal ibadat. Ini tidak. Apa je yang telah engkau dah sumbangkan untuk umat dan masyarakat? TIADA. Al-fatihah untuk diri sendiri yang  mati dalam kealpaan..*deep!


Namun,jangan pernah berputus asa! Selagi diberi ruang dan waktu, laksanakan segala yang telah diniatkan. Senarai wish list 20’s tu, tengok hari-hari ye.

 Insyaallah, bila hidup ada matlamat, diri ini tidak akan mudah tersasar. Insyaallah..^^ *senyum dalam-dalam.


Ingat 5 perkara  sebelum 5 perkara. Wasalam.
ingat ye..

last time celebrate birthday time form 4. After that until now, no more.

1 comment: