Hari ni nak kongsi satu pengalaman pahit jugaklah masa isi
UPU. Rasanya semua orang tahu UPU tu gunanya untuk apa kan?Bagus! Tapi sayang,
walaupon dah ada pengalaman isi UPU masa habis SPM dulu, tapi masa isi UPU
untuk program Ijazah lepasan Matrikulasi, boleh salah isi pulak? Dah tu padan
la dengan muka. Kena isi untuk panggilan kedua UPU. Tengok je la orang lain
masuk U dulu.
Nak jadikan cerita, masa isi waktu SPM dulu tu, main hentam
keromo je. Lagipon masa tu keputusan SPM boleh tahan la jugak (ngeh-ngeh).
Dengan penuh keyakinan dalam hati cakap
‘ah mesti dapat punya!’’ (bongkak tak
mengagak siot).
Alhamdulilah dapat betul. Cuma tak terima la. Sebab masa tu dah terima tawaran Matrikulasi
bawah Mara, (Kolej Mara Kulim). Gagahlah kau masuk matrik dik oiii…… Kolej Mara
dengan Kolej Matrik ada beza sikit la. Nanti Aku cerita. Jadinya, bila matrik
berakhir, kan kena isi UPU balik kan. Dan masa nilah berlakunya kesilapan yang
tak disangka-sangka kau!(tu dia mk Jah sgt).
Punya teruja mengisi UPU. Kali ni sama lagi. Yakin terlebih.
Main sedap je Aku penuhkan 12(tak ingat) pilihan Universiti tu. Tak ukur baju
dekat badan sendiri kan. Masa nilah teringat masa UPU yang dapat waktu SPM dulu
tu kan dapat pilihan yang atas-atas.
Jadi memang Aku letak semua yang aku nak tu atas-atas. Dan yang paling tak cerdiknya, Aku minta satu
kos sahaja. Cuma berbeza Uni je (tolong
jgn buat macam Aku buat. Sumpah menyesal!) sebab apa? Sebab rasa nak sangat
dekat kos tu. Acah-acah nak amik major kimia atau bio, ‘target’
nak focus satu je kan, samada
kimia atau bio, lepas tu nak jadi pensyarah (kononla).
Dan yang paling tak cerdik sekali , Aku boleh tanda pada
kotak
“tidak menerima kos lain selain diatas”. Wah. Gila betul.
Masa keputusan UPU keluar, ha! Amik kau. UPU kata,
‘MAAF
ANDA TIDAK BERJAYA’
Aku gagal dapat tempat dalam IPTA !! (meroyan kejap ) dan
secara tiba-tiba kekecohan telah berlaku. Jujur malu wei, sampai rasa macam nak
larikan diri je. Mau tak, orang lain dok sibuk ‘update’ kat laman social dpt
masuk U tulah U nilah. Aku?? X dapat!! Kena
bebel lah jugak dengan ibu ayah kejap (sis tabah).
Yang kawan-kawan pulak, bila Aku cakap x dapat, dieorg kecoh
semacam.
“kau tak dapat ke? Janganlah main2 wei! Aku Tanya betul2
ni!”
Aku rasa macam nak hembus pon ada jugak. Dieorang ingat Aku
main2 agaknya. Dah tu lama jugak la Aku menghilangkan diri. Mencari kekuatan.
Aku akui salah aku jugak (sis redha). Salah isi UPU.Tapi melalui ujian tu,
banyak jugaklah yang Aku belajar.
Masa kau tak sempurna macam orang lain nilah kau boleh
bezakan mana kawan yang sentiasa sokong kau dan mana kawan yang cuma nak
perhatikan kau je! Haha (senyum sinis)
Jadi, kepada korang yang nak isi UPU , tolong eh jangan buat
salah macam yang Aku buat. Semak betul-betul setiap maklumat yang korang isi
dan yang paling penting, pastikan kos atau bidang yang korang pilih tu memenuhi
syarat yang ditetapkan.
UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.
Tu je Aku nak pesan.
No comments:
Post a Comment