Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Tuesday, 8 August 2017

WASTEBANK


Macam yang atul pernah cakap sebelum ni, atul nak cerita sikit pasal wastebank ni kan. Ok, ni khas untuk wastebank.

Wastebank ni tempat pengumpulan barang kitar semula sebelum barang-barang ni dijual kepada pihak pembeli. Dalam UPM, fakulti pengajian alam sekitar ada wastebank ni. Dan kami sebagai pelajar jurusan alam sekitar, diberi tanggungjawab untuk menghebahkan dan memurnikan kewujudan waste bank ini.

Nak cari waste bank ni, cari dekat fakulti alam sekitar. Nak cari fakulti alam sekitar tu kat mana, cari flat ikan. Yang sebelah flat ikan tu la fakulti alam sekitar yang juga merupakan fakulti Atul.
Untuk pengetahuan semua, Watebank kami di ketuai oleh Dr.Latifah yang merupakan Pensyarah bagi Subjek pengurusan sisa pepejal. Waste bank ni beroperasi setiap hari Rabu 10AM - 1PM) dan Jumaat (10 AM - 12 AM). Barang – barang yang dibawa ke wastebank ni akan ditimbang dan diasingkan mengikut kategori masing-masing. Datang bawa barang ni pon akan dapat duit. Kira macam jual barang dekat wastebank nil ah.
Wastebank UPM- ni bukan yang terbaru. Terbaru lagi lawa. Tapi Atul takde gambar nye

Meh nak bagi tahu ni, selain wastebank UPM dekat fakulti alam sekitar tu, ada lagi satu tempat baru untuk wastebank yang dibuka. Wastebank UPM KUNDASANG. Yas, dekat Kundasang Sabah.
Lokasi dekat wastebank UPM Kundasang Sabah ni agak terpencil. Jadi susah sikit orang nak Nampak. Haritu Atul, Aimi, Sarah dengan Pidah pergi dekat wastebank ni sebagai sukarelawan  untuk bantu ceriakan kawasan tersebut yang turut dibantu oleh Kak Fatma dan Kak Nad. Akak- akak ni memang duduk dekat Kundasang untuk jaga wastebank ni sebab ni juga merupakan projek Dr kami iaitu Dr Latifah.


Ni wastebank UPM-KUNDASANG

Wastebank ni merupakan salah satu cara untuk menyebarkan kesedaran mengenai pengurusan sisa pepejal dalam kalangan masyarakat. Menjaga bumi dan persekitaran alam sekitar bukan terletak pada bahu kerajaan dan pelajar alam sekitar semata-mata. Tetapi ianya tanggungjawab semua orang yang tinggal dekat bumi ini.
Antara barang-barang yang dihantar di wastebank.

Jom bantu kami untuk sebarkan lagi kesedaran kepada semua masyarakat akan kepentingan amalam kitar semula ni. ☺☺


1 comment:

  1. mohon dtg umk jelifornia utk merasai apa yg korang buat dan korang akan rasa mcm kt kundasang cuma sini bukan kundasang tpi... jeliFORNIA gituuu huhu xoxo from mee

    ReplyDelete