I LOVE SABAH #part1
Haritu pergi Sabah untuk jadi sukarelawan wastebank macam
yang dah diberitahu dalam entri sebelum ni. Kami ( Aku, Aimi Sarah N Pidah)
decide untuk duduk sana lebih kurang 2 minggu. Wastebank tu dekat Kundasang.
Berdekatan dengan gelanggang futsal belia.
Jadinya, kami bertolak pada 20/7/17. Tiket penerbangan
asalnya pukul 8 malam. Tapi delay pukul11.15 malam. Masa tu dah sampai KLIA2
jam 6 petang. So, apa lagi, merayapla kiteorang dekat dalam tu.
![]() |
night view memang awesome. |
Pengalaman kali pertama nak ke Sabah. Memang bagi aku, pergi
Sabah sangat-sangat la seronok. Ilove the nature. Dan memang tak rugi bayar
tiket kapal terbang tu RM230 untuk ke sana. Sebab apa yang aku dapat dekat
sana, lagi mahal dari tu. Pengalaman memang tak dapat dibeli.
Kundasang sejuk. And trust me tak semua area dekat Sabah tu
sesejuk Kundasang.
Sampai aIrport KK masa tu hari Jumaat , 2.10 pagi. Jadinya
kami decide untuk berehat kejap dalam surau. Masa nak masuk surau tu adalah
insiden kelakar. Aimi..Aimi.. hahaha. Then dah masuk tu, Sarah, Aimi dan Pidah
senang gila tido. Aku terkulat-kulat nak tido. T upon makan masa.
Then pukul 4.45 dah subuh dah. Bangun, cuci muka semua, then
solat. Around pukul 6 baru turun kat bawah. Semua sarap makan maggi cup. Aku
tak selera nak makan. So, aku minum air kopi kacip Fatimah tu je.
![]() |
sejuk-sejuk tu nikmat makan maggi panas .. |
Bila dah habis makan, kiteorang pon bergerak untuk cari
kaunter tiket bas ke bandaran. Jumpa dah kaunter tiket nya. Tapi kaunternya tak
bukak-bukak. Adoii. Tengok jadual perjalanan paling awal pukul 7.30 pagi. Tapi
dah pukul 7.15 pon tak bukak lagi. Dah tu aku asyik sakit perut pulak. Hahaha.
Si Sarah tidur bukan main lena lagi. Hahahaha.
![]() |
bestnya Sarah tido..haha |
Tunggu punya tunggu, pukul 7.25 kaunter tu bukak. Jadinya
Ak, Aimi n Pidah pergi beli tiket bas airport ke bandaran. Tiket satu RM5. Tepat
jam 7.30 bas dah ada. Bas gerak pukul 8 rupanya. Sebab tunggu penuh sikit la
kan. Then bila dah masuk bas, ok rasa
lega plus happy. Kundasang, here I come!
![]() |
tak pernah tak happy :) |
No comments:
Post a Comment