Sem 4 dah berakhir. Jadinya dah 2 tahun pengajian dah.
Alhamdulilah.
Sem 4 sem ‘buzy’ bagi aku. *sesungguhnya perkataan 'buzy' tu jadi bila
aku tak pandai arrange masa
Dalam sem 4 ni, dah mula ambil subjek elektif. Dan yang
paling best, ni sem terakhir ambil
subjek Universiti. Hahah Seronok.
Jadinya, aku prefer untuk ulas satu per satu subjek yang aku
dah belajar ikut kategori.
1. 1. SUBJEK UNI
Pengucapan Awam
Subjek ni kelas 3 jam. Dalam seminggu
sekali sahaja. Kelas aku pada hari Selasa, pukul 6 ptg- 9 malam. Jujurnya, aku
tak suka kelas sampai malam ni. Bukan aku je, kawan yang lain pon sama je tak
gemar kelas malam-malam.
Tapi kelaspengucapan awam ni best. Macam
biasa, kita belajar cara berucap yang proper. Kena kenal audiens , cara tarik
perhatian mereka dan sebagainya. Subjek
pengucapan awam ni ada buku okey. Mohon beli. Buku tak mahal pon. Plus , ilmu
kot. Aku memang beli sebab aku jenis yang tak suka berkira sangat dengan ilmu.
Bila final exam, kau akan tahu bertapa
bergunanya buku tu. ‘Pengucapan awam ada exam??’ Yes! ADA PAPER FINAL tau. Tapi
jangan risau, sebab semua objektif jer. Haah bulat-bulat tu jer.. tapi, meh nak
bagi tahu, sebab yang objektif jerr soalan memang senang, Cuma nak pilih jawapan
je payah. Semua jawapan betul. Cuma ada satu je jawapan yang tepat. Jadinya
hadamlah ye buku tu.
ASAS KEUSAHAWAN
Ok, first thing first, yang memang aim nak
jadi usahawan, this for you. Subjek ni bagus. Even aku yang budak environment
pon rasa eksited jugak belajar pasal bisnes ni. Cara buat Bisnes Proposal, buat
kira-kira dan laporan bagai tu semua di ajar.
Lepastu, semua student yang ambil course
ni, kena menjual ok. Tapi jangan risau, sebab ianya berkumpulan. Satu company
terdiri daripada 10 orang ahli. So, this is how PERDASAMA INC ditubuhkan.
Kelakar sangat aku rasa macam mana kami
satu company struggle la jugak nak run bisnes. Tak senang wei.. Lagi-lagi bagi
orang yang tak berapa menjiwai bisnes sgt macam aku! Haha. Big appreciation to
Aisyah Azmi sebab paling function dalam company ni. Jangan Tanya apa yang aku
jual. Aku dah tak ingat. hAhA .Ok, subjek ni ade paper final tau. Ada
soalan objektif, subjektif dan karangan. Aku tak tahu nak ‘’rate’’ kan subjek
ni macam mana. Sebab penyumbang terbesar banyak daripada laporan dan aktiviti
sepanjang penjualan. Final Cuma 20% je.. So, nanti dah keluar result,baru aku
boleh cakap la senang ke tak. **I guess..haha.
![]() |
Geng Perdasama INC. (Mirza x de) |
2 2. SUBJEK FAKULTI
TEKNOLOGI RAWATAN SISA PEPEJAL.
Bila sebut pasal sisa pepejal, maksudnya
ianya adalah sisa-sisa yang kita boleh pegang or handle. Bila berkait dengan
pengurusan sisa pepejal, tak lari jauh dari konsep reduce, reuse and recycling.
Untuk subjek ni, 10% markah PBL bergantung
pada hasil pengumpulan barang-barang recycling berharga RM20. Confuse? Okay,
macam ni,setiap one of us kena kumpul barang – barang recycling dan jual kepada
wastebank sampai cukup RM20. Dan sebagai pulangannya 10% markah utk kerjakursus
dalam tangan dah.
Isunya adalah, sejauh mana kesanggupan
untuk mengumpul barang-barang tu?
Maka, secara tak langsung, aku melibatkan
ibu ayah dan keluarga supaya membantu aku kumpul semua barang – barang tu. Tin,
botol plastic, surat khabar, majalah, kertas hitam putih , kotak dan besi.
Selagi benda tu boleh di jual dekat waste bank, semua tu akan dikumpul.
Nak dijadikan cerita, masa cuti mid-sem,
aku kumpul semua tu dan bawak balik ke UPM.. atas pertolongan keluarga dan
rakan, berjayalah jugak capai kpi. Lebih lagi tau aku dapat jual. Semua sekali
RM26. Ok, lega la sebab 10% tu dh dapat..
Belajar mengenai solid waste management tu aku rasa tak susah. Tapi soalan exam n quiz
selalu aku tak skor. Haha mcm mana tu. Belajar mengenai operation sisa pepejal
dekat Malaysia macam mana. Pengangkutan yang digunakan macam mana. Dan siapa
yang incharge sisa pepjal dekat Malaysia. Its different according tu diff
states. Macam dekat Johor, SWM.
Dan highlight untuk subjek solid waste ni
adalah WASTEBANK. Apa tu, nanti aku buat satu entri baru semata untuk wastebank
sahaja..baru best! Haha
![]() |
time ni ramai buzy sebab kena hias wastebank. *sorry gambar tak proper. Hee |
HYDROGEOLOGY
Gabungan antara geology dan hydrology. Aku
suka belajar subjek ni plus subjek ni Dr Wan yang ajar. Hydrogeo mengenai air
yang bergerak dibawah tanah. Bekaitan permukaan yang macam mana air boleh
melepasi. Faktor yang menyumbangserta jenis permukaan bumi yang mendorong
kepada pergerakan air.
Ada teori dan ada kira-kira. Bab kira-kira tu ada yang susah juga. Kena tahu aquifer, aquitard well log, pumping
log, hydraulic coefficient dan sebagainya.
Subjek elektif yang ni ade lab. Lab 3 jam.
Tapi jarang akan habis betul-betul 3 jam. Paling lama adalah dalam 1 jam 30
minit macam tu. Jadinya amatlah rugi kalau datang lambat ke lab.
EKOLOGI SUMBER ASLI
Untuk subjek elektif yang kedua, aku pilih
ekologi sumber asli. Ape tu? Okay, ekologi ni maksudnya interaksi antara organism dengan organism atau organism dengan benda
bukan organism. Satu lagi, subjek ni banyak highlight kan mengenai
conservation, preservation dan restoration.
Untuk subjek ni, kami ada pergi kajian
lapangan dekat FRIM. Learn how the interaction with living things there.
Selain tu, aku juga belajar mengenai
polisi-polisi mengenai conservation alam sekitar, belajar pasal sustainable
Development Growth dan segala yang Malaysia terlibat dalam memelihara alam
sekitar. Sumber yang Negara peroleh banyak digunakan untuk pembangunan Negara
sendiri. Dan kesan negatifnya banyak menyumbang kepada alam sekitar.
Dalam subjek ni, kita pegang pada prinsip ‘
Hidup tetap hidup’ jadi apa yang dilakukan oleh semua organism yang bernyawa
follow the rule to survive.
TEKNOLOGI RAWATAN SISA BAHAYA
The last one mengenai subjek elektif.
Teknologi rawatan sisa bahaya. Dalam subjek ni belajar mengenai cara handle
waste yang berbahaya. Tak kesah la waste tu dalam bentuk yang macam mana. Ada 6
treatment technologies yang boleh kita guna untuk rawat waste yang bahaya.
Antaranya
physical,chemical,biolological,thermal, stabilization fixation and radioactive (kalau tak salah)
Belajar juga mengenai source, transport,
pathways and fate untuk pencemaran yang ada dalam alam sekitar. Final aku rasa
kekeliruan dengan soalan tu. Dieberi masalah, then kena detect waste apa yang
terhasil lps tu pilih method treatment yang bersesuaian. Haa mencabar la jugak.
Apa-apapun enjoy with the subjek.
No comments:
Post a Comment