Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Thursday, 10 August 2017

SABAH (part 2)

SABAH (part2)

Photographer : Aimi Roslan
Model : Rafidah (pidah nama glamor)

Hai. Jom, nak sambung cerita short trip dekat Sabah. Haritu behenti dekat bas airport tu kan. Ok, kiteorg (Aku, Aimi, Sarah n Pidah) naik bas. Yang kelakarnya aku tak tahu hentian bandaran tu hentian yang nombor berapa. Masa nak naik tu, pak cik tu ada cakap hentian bandaran hentian terakhir. Tapi aku pon tak Tanya jugak akhir tu nombor berapa. Haha. Dah la dalam bas aku dok leka main hp *my fault.Sampailah pakcik bas tu ketuk tingkap bas dekat tempat aku duduk baru aku tahu “ok, kita dah sampai.” (menggelabah kiteorang turun dari bas tu)

Masa turun tu dah ada dah orang yang pergi amik beg Sarah , Tanya Kami nak pergi mana. Memang ada van yang tunggu. Cakap je nak pergi mana. Satu van tu muat 12 orang dekat bahagian belakang depan 3 org termasuk driver *seingat aku lah. Bila dah penuh, baru van tu gerak.  Berapa bayar naik van tu? RM20 per seat. Kalau bawak banyak beg,  pandai-pandailah adjust. Haha
Perjalanan dari bandar KK ke Kundasang makan masa 2 jam. Jalan bengkang-bengkok  . Sekali lagi aku tak boleh lelap. Yang pelik, aku je tak boleh tido. Aimi, Sarah dan Pidah semua tidur. *stghessak tgk dorg tido.
bas mini a.k.a. van :D

Dah sampai dekat Kundasang, rasa amazing. Memang sejuk. Dan benda pertama yang menjamu mata adalah buah-buahan yang melambak-lambak dan sayur-sayuran yang menghijau. Dan buah yang pertama aku beli adalah buah chenta…*angkat kening
tu buah chenta. Lps makan rasa nak cakap i love u *huhu :P


rasa nak beli je semua..

Maka bermulalah hari kami di Sabah.. dari tempat tunggu van, kena jalan jauh sikit nak ke rumah. Dalam 10 min jalan kaki . Rumah atas bukit. Maka gigih la sis menapak. Bila dah sampai, first thing first lega. Sebab dah penat menapak. Tapi tu tak seberapa sangat. Yang best, dari rumah tu dah boleh tengok gunung kinabalu! Rezeki kiteorang, sepanjang dekat Kundasang, langit cerah sampai akak Fatma dan Kak  Nad pun bagitahu baru haritu dieorang dapat tengok akinabalu tu dengan jelas. Jadi kami semua seronok sangat! Yelah hari- hari boleh tengok gunung kinabalu segar-segar. Haha *Nampak sgt first time tgk
my morning view for 11 days. Tak pernah jemu

Pengakhiran haritu, lepas makan , berehat-rehat, sesi ice breaking sikit dengan Kak Ma dan Kak Nad.
seberang jalan depan rumah berderet kedai jual sayur. Seronok nak masak. haha *mak-mak sgt
 



SABAH (part1)

I LOVE SABAH #part1

Haritu pergi Sabah untuk jadi sukarelawan wastebank macam yang dah diberitahu dalam entri sebelum ni. Kami ( Aku, Aimi Sarah N Pidah) decide untuk duduk sana lebih kurang 2 minggu. Wastebank tu dekat Kundasang. Berdekatan dengan gelanggang futsal belia.
Jadinya, kami bertolak pada 20/7/17. Tiket penerbangan asalnya pukul 8 malam. Tapi delay pukul11.15 malam. Masa tu dah sampai KLIA2 jam 6 petang. So, apa lagi, merayapla kiteorang dekat dalam tu.
night view memang awesome. 

Pengalaman kali pertama nak ke Sabah. Memang bagi aku, pergi Sabah sangat-sangat la seronok. Ilove the nature. Dan memang tak rugi bayar tiket kapal terbang tu RM230 untuk ke sana. Sebab apa yang aku dapat dekat sana, lagi mahal dari tu. Pengalaman memang tak dapat dibeli.

Kundasang sejuk. And trust me tak semua area dekat Sabah tu sesejuk Kundasang.
Sampai aIrport KK masa tu hari Jumaat , 2.10 pagi. Jadinya kami decide untuk berehat kejap dalam surau. Masa nak masuk surau tu adalah insiden kelakar. Aimi..Aimi.. hahaha. Then dah masuk tu, Sarah, Aimi dan Pidah senang gila tido. Aku terkulat-kulat nak tido. T upon makan masa.
Then pukul 4.45 dah subuh dah. Bangun, cuci muka semua, then solat. Around pukul 6 baru turun kat bawah. Semua sarap makan maggi cup. Aku tak selera nak makan. So, aku minum air kopi kacip Fatimah tu je.
sejuk-sejuk tu nikmat makan maggi panas ..

Bila dah habis makan, kiteorang pon bergerak untuk cari kaunter tiket bas ke bandaran. Jumpa dah kaunter tiket nya. Tapi kaunternya tak bukak-bukak. Adoii. Tengok jadual perjalanan paling awal pukul 7.30 pagi. Tapi dah pukul 7.15 pon tak bukak lagi. Dah tu aku asyik sakit perut pulak. Hahaha. Si Sarah tidur bukan main lena lagi. Hahahaha.
bestnya Sarah tido..haha


Tunggu punya tunggu, pukul 7.25 kaunter tu bukak. Jadinya Ak, Aimi n Pidah pergi beli tiket bas airport ke bandaran. Tiket satu RM5. Tepat jam 7.30 bas dah ada. Bas gerak pukul 8 rupanya. Sebab tunggu penuh sikit la kan.  Then bila dah masuk bas, ok rasa lega plus happy. Kundasang, here I come!
tak pernah tak happy :)

Tuesday, 8 August 2017

WASTEBANK


Macam yang atul pernah cakap sebelum ni, atul nak cerita sikit pasal wastebank ni kan. Ok, ni khas untuk wastebank.

Wastebank ni tempat pengumpulan barang kitar semula sebelum barang-barang ni dijual kepada pihak pembeli. Dalam UPM, fakulti pengajian alam sekitar ada wastebank ni. Dan kami sebagai pelajar jurusan alam sekitar, diberi tanggungjawab untuk menghebahkan dan memurnikan kewujudan waste bank ini.

Nak cari waste bank ni, cari dekat fakulti alam sekitar. Nak cari fakulti alam sekitar tu kat mana, cari flat ikan. Yang sebelah flat ikan tu la fakulti alam sekitar yang juga merupakan fakulti Atul.
Untuk pengetahuan semua, Watebank kami di ketuai oleh Dr.Latifah yang merupakan Pensyarah bagi Subjek pengurusan sisa pepejal. Waste bank ni beroperasi setiap hari Rabu 10AM - 1PM) dan Jumaat (10 AM - 12 AM). Barang – barang yang dibawa ke wastebank ni akan ditimbang dan diasingkan mengikut kategori masing-masing. Datang bawa barang ni pon akan dapat duit. Kira macam jual barang dekat wastebank nil ah.
Wastebank UPM- ni bukan yang terbaru. Terbaru lagi lawa. Tapi Atul takde gambar nye

Meh nak bagi tahu ni, selain wastebank UPM dekat fakulti alam sekitar tu, ada lagi satu tempat baru untuk wastebank yang dibuka. Wastebank UPM KUNDASANG. Yas, dekat Kundasang Sabah.
Lokasi dekat wastebank UPM Kundasang Sabah ni agak terpencil. Jadi susah sikit orang nak Nampak. Haritu Atul, Aimi, Sarah dengan Pidah pergi dekat wastebank ni sebagai sukarelawan  untuk bantu ceriakan kawasan tersebut yang turut dibantu oleh Kak Fatma dan Kak Nad. Akak- akak ni memang duduk dekat Kundasang untuk jaga wastebank ni sebab ni juga merupakan projek Dr kami iaitu Dr Latifah.


Ni wastebank UPM-KUNDASANG

Wastebank ni merupakan salah satu cara untuk menyebarkan kesedaran mengenai pengurusan sisa pepejal dalam kalangan masyarakat. Menjaga bumi dan persekitaran alam sekitar bukan terletak pada bahu kerajaan dan pelajar alam sekitar semata-mata. Tetapi ianya tanggungjawab semua orang yang tinggal dekat bumi ini.
Antara barang-barang yang dihantar di wastebank.

Jom bantu kami untuk sebarkan lagi kesedaran kepada semua masyarakat akan kepentingan amalam kitar semula ni. ☺☺


SEM 4 DONE !! :D


Sem 4 dah berakhir. Jadinya dah 2 tahun pengajian dah. Alhamdulilah.

Sem 4 sem ‘buzy’ bagi aku. *sesungguhnya perkataan  'buzy' tu jadi bila aku tak pandai arrange masa

Dalam sem 4 ni, dah mula ambil subjek elektif. Dan yang paling best,  ni sem terakhir ambil subjek Universiti. Hahah Seronok.
Jadinya, aku prefer untuk ulas satu per satu subjek yang aku dah belajar ikut kategori.

1.      1.  SUBJEK UNI
Pengucapan Awam

Subjek ni kelas 3 jam. Dalam seminggu sekali sahaja. Kelas aku pada hari Selasa, pukul 6 ptg- 9 malam. Jujurnya, aku tak suka kelas sampai malam ni. Bukan aku je, kawan yang lain pon sama je tak gemar kelas malam-malam.

Tapi kelaspengucapan awam ni best. Macam biasa, kita belajar cara berucap yang proper. Kena kenal audiens , cara tarik perhatian mereka  dan sebagainya. Subjek pengucapan awam ni ada buku okey. Mohon beli. Buku tak mahal pon. Plus , ilmu kot. Aku memang beli sebab aku jenis yang tak suka berkira sangat dengan ilmu.

Bila final exam, kau akan tahu bertapa bergunanya buku tu. ‘Pengucapan awam ada exam??’ Yes! ADA PAPER FINAL tau. Tapi jangan risau, sebab semua objektif jer. Haah bulat-bulat tu jer.. tapi, meh nak bagi tahu, sebab yang objektif  jerr  soalan memang senang, Cuma nak pilih jawapan je payah. Semua jawapan betul. Cuma ada satu je jawapan yang tepat. Jadinya hadamlah ye buku tu.

The Trio. 
ASAS KEUSAHAWAN

Ok, first thing first, yang memang aim nak jadi usahawan, this for you. Subjek ni bagus. Even aku yang budak environment pon rasa eksited jugak belajar pasal bisnes ni. Cara buat Bisnes Proposal, buat kira-kira dan laporan bagai tu semua di ajar.

Lepastu, semua student yang ambil course ni, kena menjual ok. Tapi jangan risau, sebab ianya berkumpulan. Satu company terdiri daripada 10 orang ahli. So, this is how PERDASAMA INC ditubuhkan.

Kelakar sangat aku rasa macam mana kami satu company struggle la jugak nak run bisnes. Tak senang wei.. Lagi-lagi bagi orang yang tak berapa menjiwai bisnes sgt macam aku! Haha. Big appreciation to Aisyah Azmi sebab paling function dalam company ni. Jangan Tanya apa yang aku jual. Aku dah tak ingat. hAhA .Ok, subjek ni  ade paper final tau. Ada soalan objektif, subjektif dan karangan. Aku tak tahu nak ‘’rate’’ kan subjek ni macam mana. Sebab penyumbang terbesar banyak daripada laporan dan aktiviti sepanjang penjualan. Final Cuma 20% je.. So, nanti dah keluar result,baru aku boleh cakap la senang ke tak. **I guess..haha.
Geng Perdasama INC. (Mirza x de)

2   2.  SUBJEK FAKULTI

TEKNOLOGI RAWATAN SISA PEPEJAL.
Bila sebut pasal sisa pepejal, maksudnya ianya adalah sisa-sisa yang kita boleh pegang or handle. Bila berkait dengan pengurusan sisa pepejal, tak lari jauh dari konsep reduce, reuse and recycling.
Untuk subjek ni, 10% markah PBL bergantung pada hasil pengumpulan barang-barang recycling berharga RM20. Confuse? Okay, macam ni,setiap one of us kena kumpul barang – barang recycling dan jual kepada wastebank sampai cukup RM20. Dan sebagai pulangannya 10% markah utk kerjakursus dalam tangan dah.

Isunya adalah, sejauh mana kesanggupan untuk mengumpul barang-barang tu?

Maka, secara tak langsung, aku melibatkan ibu ayah dan keluarga supaya membantu aku kumpul semua barang – barang tu. Tin, botol plastic, surat khabar, majalah, kertas hitam putih , kotak dan besi. Selagi benda tu boleh di jual dekat waste bank, semua tu akan dikumpul.

Nak dijadikan cerita, masa cuti mid-sem, aku kumpul semua tu dan bawak balik ke UPM.. atas pertolongan keluarga dan rakan, berjayalah jugak capai kpi. Lebih lagi tau aku dapat jual. Semua sekali RM26. Ok, lega la sebab 10% tu dh dapat..

Belajar mengenai solid waste management tu  aku rasa tak susah. Tapi soalan exam n quiz selalu aku tak skor. Haha mcm mana tu. Belajar mengenai operation sisa pepejal dekat Malaysia macam mana. Pengangkutan yang digunakan macam mana. Dan siapa yang incharge sisa pepjal dekat Malaysia. Its different according tu diff states. Macam dekat Johor, SWM.

Dan highlight untuk subjek solid waste ni adalah WASTEBANK. Apa tu, nanti aku buat satu entri baru semata untuk wastebank sahaja..baru best! Haha
time ni ramai buzy sebab kena hias wastebank. *sorry gambar tak proper. Hee

 3.  SUBJEK ELEKTIF

HYDROGEOLOGY
Gabungan antara geology dan hydrology. Aku suka belajar subjek ni plus subjek ni Dr Wan yang ajar. Hydrogeo mengenai air yang bergerak dibawah tanah. Bekaitan permukaan yang macam mana air boleh melepasi. Faktor yang menyumbangserta jenis permukaan bumi yang mendorong kepada pergerakan air.

Ada teori dan ada kira-kira.  Bab kira-kira tu ada yang susah juga.  Kena tahu aquifer, aquitard well log, pumping log, hydraulic coefficient dan sebagainya.
Subjek elektif yang ni ade lab. Lab 3 jam. Tapi jarang akan habis betul-betul 3 jam. Paling lama adalah dalam 1 jam 30 minit macam tu. Jadinya amatlah rugi kalau datang lambat ke lab.


EKOLOGI SUMBER ASLI
Untuk subjek elektif yang kedua, aku pilih ekologi sumber asli. Ape tu? Okay, ekologi ni maksudnya interaksi antara organism  dengan organism atau organism dengan benda bukan organism. Satu lagi, subjek ni banyak highlight kan mengenai conservation, preservation dan restoration.
Untuk subjek ni, kami ada pergi kajian lapangan dekat FRIM. Learn how the interaction with living things there.

Selain tu, aku juga belajar mengenai polisi-polisi mengenai conservation alam sekitar, belajar pasal sustainable Development Growth dan segala yang Malaysia terlibat dalam memelihara alam sekitar. Sumber yang Negara peroleh banyak digunakan untuk pembangunan Negara sendiri. Dan kesan negatifnya banyak menyumbang kepada alam sekitar.
Dalam subjek ni, kita pegang pada prinsip ‘ Hidup tetap hidup’ jadi apa yang dilakukan oleh semua organism yang bernyawa follow the rule to survive.
gambar masa trip ecology dekat FRIM
TEKNOLOGI RAWATAN SISA BAHAYA

The last one mengenai subjek elektif. Teknologi rawatan sisa bahaya. Dalam subjek ni belajar mengenai cara handle waste yang berbahaya. Tak kesah la waste tu dalam bentuk yang macam mana. Ada 6 treatment technologies yang boleh kita guna untuk rawat waste yang bahaya.

Antaranya physical,chemical,biolological,thermal, stabilization fixation and  radioactive (kalau tak salah)

Belajar juga mengenai source, transport, pathways and fate untuk pencemaran yang ada dalam alam sekitar. Final aku rasa kekeliruan dengan soalan tu. Dieberi masalah, then kena detect waste apa yang terhasil lps tu pilih method treatment yang bersesuaian. Haa mencabar la jugak. Apa-apapun enjoy with the subjek.