Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Sunday, 31 January 2016

B.E.S.T #part1

BACHELOR ENVIRONTMENT SCIENCE & TECHNOLOGY

Aku ditawarkan kos ni dekat UPM selama 4 tahun.


“kos ni boleh kerja apa ye?”
“alah kos alam sekitar , senang je kan?”
“ohh nanti kau mesti kerja dekat Jabatan Alam Sekitar kan?”

Tu lah soalan2 yang tipikal sangat bila aku dapat kos ni. Mak cik pakcik, kos alam sekitar ni bukan boleh kerja dekat jabatan alam sekitar aja ye. Boleh jadi forensik alam sekitar, consulatant dekat syarikat perindustrian ha..pensyarah pon boleh.


Belajar kos ni senang ke susah??? Jawapan klise aku lah kan:
‘dalam dunia ni tak ada apa yang senang. Semuanya perlukan usaha. Tak kiralah kau minat ke tak minat, kalau kau tak ada usaha dapat ke ? Fikir la sendiri eh.

Haha’ 😆😆


Kos sains dan teknologi alam sekitar ni bagi aku seronok. Selagi mana kau hidup atas muka bumi, selagi itulah kau terlibat dengan alam sekitar. Suasana sekeliling. Kos ni banyaknya pasal persekitaran. Air, udara, suhu, cuaca, pencemaran dan banyak lagi yang kau akan belajar. Masa tu baru kau rasa rugi sangat kalau kau tak selamatkan bumi!


Okay, sem satu aku belajar pasal Manusia Dan Alam Sekitar, Kimia Alam Sekitar, Biologi Alam Sekitar, Fizik Alam sekitar.

Subjek sains tu semua ada lab. Seronok buat lab. Satu lab makan masa 3 / 4 jam.


Kuliah pulak tak la lama mana. Paling lama dalam 2 jam macam tu. Berdasarkan pengalaman aku masa sem satu haritu, kuliah ni penting beb!  Sebab apa yang pensyarah ajar dan setiap yang keluar dari mulut dia tu yang penting dan akan masuk exam.

Jadi rajin2 kan lah diri anda untuk ke kelas ye.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

 Lps ni aku akan update setiap subjek yang aku belajar masa sem satu pulak. Tunggu ye!! 😉😘
 ni saja nak menyelit. takde motif pon k.haha

Geng gila-gila.. kahkahkah

Saturday, 30 January 2016

PROLOG: BACH.ENV.SC.TECH. (B.E.S.T)

AssalamualaikuM   :D

Ni nak cerita pasal kos degree Aku. Aku dapat kos Bachelor Environment Science Technology (B.E.S.T) a.k.a. Sains dan teknologi  alam  sekitar. Kos Aku ni ada 8 semester( 4 tahun). Kos ni bawah Fakulti Pengajian Alam Sekitar. Nak bagitahu sikit, bawah fakulti pengajian alam sekitar ada 2 kos.
  1. 1  Pengurusan alam sekitar
  2.   .       Sains dan teknologi alam sekitar.

Jadi fakulti alam sekitar ni tak besar mana pon. Fakulti ni terletak di kawasan ‘main kampus’ dan fakulti alam sekitar ni dekat sangat dengan ‘flat tikan’. Aaah ‘FLAT IKAN’ . Untung dapat fakulti yang dekat dengan ‘flat ikan ‘ sebab korang senang nak pergi beli buku. Dekat kawasan ‘flat ikan ‘ ni ada banyak kedai photostate, kedai runcit,kedai nak sewa kereta,kedai makan dan lain-lain lagi. Kadang-kadang kalau Aku malas nak ‘outing’ ke IOI Mall atau The Mines, Aku beli barang dekat kedai runcit kat ‘flat ikan’ tu je. Jimat duit tambang weh.

Jangan risau, dekat fakulti alam sekitar, bas ada lalu ye. Bas apa? Bas kolej. Cumanya, fakulti alam sekitar adalah hentian terakhir bas. Jadinya,amat nipislah peluang untuk bas kosong waktu-waktu hari kuliah  nak-nak bila dah pukul 4 petang dan keatas.Kiteorang biasanya takkan tunggu bas dekat situ. Kiteorang memilih untuk menapak ke Falkulti Sains Komputer. Sebab? Fakulti sains computer hentian kedua bas. Mula-mula bas akan berhenti dekat Fakulti Bahasa. Lepastu dekat Fakulti Sains komp, lepastu dekat Fakulti Ekologi Manusia, lepas tu dekat perpustakaan dan terakhir dekat fakulti alam sekitar. Lepas tu bas akan balik kolej. Aku duduk Kolej Muhamad Rashid (KMR) jadi aku akan turun dekat ‘bus stop’ Serumpun.


Terpulang pada korang la nak buat macam mana. Kalau tak nak jalan dari Fakulti Alam Sekitar ke Fakulti Sains Komputer, korang ada pilihan lain lagi.  Korang naik bas kolej 10& 11 ( ni bas kolej kejuruteraan, dak2 engine) bas ni memang akan lalu depan Fakulti Bahasa dan berhenti dekat ‘bus stop’ situ. Then kau turun and seberang jalan ke Fakulti Bahasa. Jangan risau, dekat situ ada lampu isyarat untuk pejalan kaki. Tekan je butang dekat tiang tu dan yeay, korang dh boleh lintas.


Lepas tu, tunggu lah bas kolej 14/15/16 (serumpun) datang eh. Meh, ni nak habaq, time ni la hangpa sumo kena tabah na.  Pasai pa? pasai time-time kemuncak ni la ramai sangat student nak balik kolej. Semua ada ‘final destination’ yang sama. Jadi kalau nak naik jugak bas, 90% biasanya kena merempuh or dirempuh. Senang cakap berebut la. “ Pelajar U berebut nak naik bas?” haha. Aku pon tak tahu la. Ni bukan macam dekat Jepun, yang boleh beratur masa nak naik bas. Ni semua nak cepat. Aku dah selalu sangat dah lalui bab2 macam ni. Mana taknya dari sekolah menengah lagi aku naik bas. Gagah la nak.. (ngeh2).

Ada rezeki kau dapatlah duduk, takda rezeki berdiri la ek. Tapi bersyukur la sebab kau jadi insane yang terpilih dapat naik bas.(kekekekeke) bukan senang ye nak lepas naik bas waktu-waktu puncak ni. Jadi bersyukur. Nanti Allah tambahkan lagi nikmatNya. :D
Tulah gambaran sedikit sebanyak yang dapat aku bagi. Kalau ada terkurang atau tersalah, Aku minta maaf ye. 

*ni tak masuk lagi pasal subjek2 B.E.S.T.*






Wednesday, 27 January 2016

PANGGILAN KEDUA !! (UPU)


Kan haritu Aku ada cakap yang Aku tak dapat panggilan pertama upu  untuk permohonan ijazah ambilan Ogos 2015. Aku buat rayuan semula. Aku tak ingat keputusan UPU tu keluar bulan berapa, tapi minggu kedua bulan Ogos tahun 2015 tu lah. Sehari selepas penguguman keputusan UPU tu, permohonan rayuan UPU dibuka.

 Aku isi. Kali ni isi kena betul-betul. Permohonan upu kali kedua ni takda keistimewaan sangat. Kau kena faham, bila cakap yang ini adalah rayuan, maksudnya untuk kau dapat tempat dalam sesebuah IPTA tu bergantung kepada kekosongan. Sebab kebanyakan tempat dah diisi dengan mereka yang dapat panggilan UPU pertama dan mereka yang menerima setiap kos yang ditawarkan. Cuak ke tak cuak wei!! Aku dok pikir macam mana kalau aku tak dapat? Apa aku nak buat? Kerja? Ke nak masuk uni Swasta(memang tak la)?

Masa isi upu yang rayuan ni, kau Cuma diberi 2 pilihan untuk memilih sahaja. Kali ni serius eh! Tolong jangan salah pilih kos. Semak dulu syarat kelayakan untuk kos yang kau pilih tu betul-betul.Kadang, pointer kau cantik masa matrik/asasi/diploma lepas tu masa kau mohon upu kau tak isi betul-betul pon boleh menyebabkan kau tak dapat panggilan pertama. Tak semestinya yang kena buat rayuan upu kali kedua ni semuanya yang pointer rendah ok. Bagi aku ni semua rezeki. Aku percaya ada hikmahnya tak dapat panggilan pertama UPU. 

Aku? Alhamdulilah. Aku dapat panggilan UPU yang kedua tu. Dapat-dapat , tak sangka dapat apa yang aku pilih tu dekat UPM walaupon panggilan kedua (aku kalau nak satu tu aku akan buat sampai dapat).


Kesimpulan untuk yang tak dapat panggilan pertama UPU,  tolong buat rayuan! (tolong jangan mudah putus asa). Masa buat rayuan kedua, pastikan:

      1. Tak terlepas tarikh untuk permohonan rayuan UPU yang dibuka.
2.       Pilih kos betul-betul sebab kau Cuma ada dua pilihan je. Kalau perlu dapatkan      bantuan kaunselor ke.
3.       Elakkan pilih kos yang ‘famous’ sebab takut takda kekosongan lagi.
4.       Jangan pilih kos yang kau tak dapat masa isi upu pertama tu. Cari kos lain.
5.       Banyakkan berdoa. Ingat doa tu kan senjata mukmin.
Lama juga ye nak tunggu panggilan kedua ni. Pengalaman aku haritu hampir sebulan lebih. Masa tu budak-budak panggilan pertama dah habis orentasi dah dan ada juga yang dah mula kuliah. Jadi kau ada kelebihan untuk tak merasai sesi orentasi yang seronok-seronok tetapi  memenatkan (ngeh-ngeh) dan kekurangan kau kena ‘cover’ sejauh mana budak panggilan pertama tu dah belajar. Jadi sama je susahnya! Hahaha.  :P




Monday, 25 January 2016

TWO SERIES,,ehek!

Menginjak ke angka dua-puluh tahun, menyebabkan Aku berfikir. Ini masa muda remajaku (remaja lagi ke? kekekeke). Secara peribadi, Aku yakin jika pada usia awal 20-an ini Aku tidak merencanakan sesuatu yang baik, nescaya masa hadapanku akan mengalami masalah.
 Kadangkala kawan-kawanku berkata,


 “alah, rileklah”,
 “wei,tu setakat umur je kot.Kau tak yah nak fikir banyak sangat. Buat semak otak aje.”


 Rata-rata kawanku berpendapat usia muda begini seharusnya digunakan untuk bersuka ria. Namun tidak bagiku.Aku merasakan bahawa Aku perlu lebih serius merencanakan masa hadapanku. Segala yang bakal terjadi lagi beberapa tahun bermula dari sekarang. 

Aku mula merencanakan seberapa banyak simpanan perlu aku peroleh, gaji, kerja, nak kahwin bila , nak bentuk keluarga.
Ya bunyi macam rumit kan?


 “ kau baru 20 tahun, tak yah fikir jauh sangat!”


Aah , mungkin dia betul, tapi sayangnya kata-kata itu tidak mungkin bertahan lama kan. Masa terus berlalu dan  kita semua akan ada kehidupan sendiri.  Kesusahan yang Aku hadapi membuatkan aku lebih bersedia untuk kehidupan mendatang.

 Kata ayah, hidup ni biar ada ‘life’ sikit. Hehe. Macam kelakar je Aku rasa. Ye Aku faham maksud ayah. Dan secara jujurnya Aku pun ada impian sendiri. Aku nak bermusafir, aku nak berniaga , Aku nak ikut program itu ini. Sebab masa zaman university nilah Aku nak rasa semua benda.

Iya, jujurnya macam tulah yang Aku rasa. Tapi tak semua tahu kan, nak laksanakan semua itu lagi berat dari merencanakan hal tersebut. Tapi takpa, Aku akan terus berusaha. Teringat akan kata-kata ni,
 “Impian kau akan tercapai bilamana usaha kau lagi besar daripada alasan!”
ya, dan Aku tengah berusaha melaksanakannya. Maksud Aku, mengecilkan alas an untuk setiap perkara yang jadi impian Aku.

 Haha ! J




Sunday, 24 January 2016

KOLEJ MARA KULIM, KEDAH (KMKu)

Assalamualaikum. Harini nak cerita sikit pasal matrikulasi. Aku dulu masuk matrikulasi bawah mara. Matrikulasi ni ada bawah mara dan bawah kementerian.  Kalau bawah Mara macam Kolej Mara Kulim, Kuala Nerang, kalau matrikulasi bawah kementerian macam kolej Matrikulasi Johor, Melaka.  Aku dapat tawaran Matrikulasi bawah Mara dekat KOLEJ MARA KULIM, KEDAH. 
Ya, Kedah. Maka, berkelananlah Aku dari Johor ke Kedah. Setahun sahaja. Tapi seronok. Tak rugi (ngee)..


Oh iya, dekat Kolej Mara Kulim, kiteorang tak payah risau sangat pasal makan. Makanan disediakan. Sehari 5 kali makan tau! Tapi makan ikut masa. Macam gaya duduk asrama. Kau lambat, dah tak da maknanya nak makan. Dah tutup! Ada :
  1. sarapan pagi         (6.30-8 @7.30 a.m.)
  2. minum pagi          (10-10.30 a.m.) 
  3. makan tengahari   (1-2.30 p.m.) 
  4. makan malam       (6.30-8 p.p)
  5. minum malam      (10-11 p.m)
 Masa tu tak pasti la sama lagi ke tidak.  Menu makanan untuk setiap hari ada ditampal. Jadi kira dah boleh hafal la hari apa makan sedap atau tak. Bagi hantu ikan keli macam Aku, aku memang dah tanda awal-awal dah kalau hari tu lauk ikan keli! (ngeh-ngeh).  Bersyukurlah dah dapat makan percuma, jadi rasa sedap ke tak makanan tu aku campak belakang la. Janji perut kenyang sudah! (bersyukur please! ) Tapi jangan risau, kalau korang mengidam nak makan yang pelik-pelik, sediakan duit aja. Pergi kafe la. Haha. Kegemaran Aku kalau pergi kafe bihun goreng! Sumpah sedap !(bagi Akulah) .



Kalau rajin nak menapak, kiteorang pon selalu pergi makan dekat kedai Kak Zah.  Kedai tu depan kolej. Jalan kaki sampai dah. Apa yang sedap sangat dekat situ, ABC dia. Ada ABC special ABC biasa. Yang syoknya harga murah!  Nampak sangat Aku ni kuat makan! Asyik cakap pasal makan je. :P


Beza lagi, elaun kiteorang sikit je. RM100 setiap bulan. Kalau Matrik bawah Kementerian dieorang dapat RM250 setiap bulan. Elaun sikit aku tak kesah sangat. Janji makan percuma!(makan lagi..haha). Elaun tu cukup la Aku nak beli sabun basuh baju, topup , maggi  dan kfc ,*ehh. Kalau nak pergi outing, jangan risau, ada je teksi tunggu dekat luar kolej. Ada giant, Tesco. Aku selalu pergi Giant je. Tapi Tesco lagi dekat je weyh. Kalau gigih kau jalan kaki aje. Budak laki selalu je jalan kaki (kawan-kawan Aku la). Katanya jimat.. Aku pon pernah jugak jalan kaki dari Tesco ke Kolej. Aku jalan berkumpulan dengan kawan Aku. Yira, Dina dan Kira. Tapi sekali tu jelah. Aku tak tabah  la nak jalan kaki lagi. Panas weyh.


Ohh ye. Sebelum terlupa, Aku nak bagitahu ni, dekat Kolej Mara Kulim ni, program yang ditawarkan adalah aliran Sains sahaja. Dan program dekat sini Cuma ada Program Satu Tahun (PST).  Kalau kau tak skor sem satu, mau kena tendang keluar. Maksud Aku kau akan ditawarkan ke Program Dua Tahun (PDT) tapi bukan dekat KMKu la. Mungkin Matrik P.Pinang ke atau mana-mana matrik bawah kementerian.


Dekat KMKu ni bukan hanya ada program Matrikulasi je ye tapi ada jugak program persediaan (asasi) Uni KL, USM dan UMK.  USM pulak ada untuk yang ke luar Negara( bakal-bakal doctor). 

Aku suka sangat KMKu ni sebab tak besar mana pun kolej ni. Nak pergi kelas pon jalan kaki je. Lepastu persekitaran dia penuh dengan alam semula jadi. Banyak pokok-pokok. Eh, dusun pon ada. Kalau musim buah-buahan, ha, rambutan ada, durian ada yang seronok, pokok durian belakang dorm aku je. Kalau buah dah gugur, ha..makan aje lah (makan lagi..ngee).



Jadi, kepada mika-mika yang dapat tawaran ke sana, terimalah dengan berlapang dada ye. Aku seronok je hidup dekat sana.  Kata orang,
JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN :D

Okay. Bye..!

Saturday, 23 January 2016

SALAH ISI UPU!


Hari ni nak kongsi satu pengalaman pahit jugaklah masa isi UPU. Rasanya semua orang tahu UPU tu gunanya untuk apa kan?Bagus! Tapi sayang, walaupon dah ada pengalaman isi UPU masa habis SPM dulu, tapi masa isi UPU untuk program Ijazah lepasan Matrikulasi, boleh salah isi pulak? Dah tu padan la dengan muka. Kena isi untuk panggilan kedua UPU. Tengok je la orang lain masuk U dulu.


Nak jadikan cerita, masa isi waktu SPM dulu tu, main hentam keromo je. Lagipon masa tu keputusan SPM boleh tahan la jugak (ngeh-ngeh). Dengan penuh keyakinan dalam hati cakap 

‘ah mesti dapat punya!’’ (bongkak tak mengagak siot).

Alhamdulilah dapat betul. Cuma tak terima la.  Sebab masa tu dah terima tawaran Matrikulasi bawah Mara, (Kolej Mara Kulim). Gagahlah kau masuk matrik dik oiii…… Kolej Mara dengan Kolej Matrik ada beza sikit la. Nanti Aku cerita. Jadinya, bila matrik berakhir, kan kena isi UPU balik kan. Dan masa nilah berlakunya kesilapan yang tak disangka-sangka kau!(tu dia mk Jah sgt).

Punya teruja mengisi UPU. Kali ni sama lagi. Yakin terlebih. Main sedap je Aku penuhkan 12(tak ingat) pilihan Universiti tu. Tak ukur baju dekat badan sendiri kan. Masa nilah teringat masa UPU yang dapat waktu SPM dulu tu kan  dapat pilihan yang atas-atas. Jadi memang Aku letak semua yang aku nak tu atas-atas.  Dan yang paling tak cerdiknya, Aku minta satu kos sahaja. Cuma berbeza Uni je  (tolong jgn buat macam Aku buat. Sumpah menyesal!) sebab apa? Sebab rasa nak sangat dekat kos tu. Acah-acah nak amik major kimia atau  bio, ‘target’   nak focus satu je kan, samada kimia atau bio, lepas tu nak jadi pensyarah (kononla). 


Dan yang paling tak cerdik sekali , Aku boleh tanda pada kotak

“tidak menerima kos lain selain diatas”. Wah. Gila betul. 

Masa keputusan UPU keluar, ha! Amik kau. UPU kata,

 ‘MAAF ANDA TIDAK BERJAYA’

 Aku gagal dapat tempat dalam IPTA !! (meroyan kejap ) dan secara tiba-tiba kekecohan telah berlaku. Jujur malu wei, sampai rasa macam nak larikan diri je. Mau tak, orang lain dok sibuk ‘update’ kat laman social dpt masuk U tulah U nilah. Aku?? X dapat!!  Kena bebel lah jugak dengan ibu ayah kejap (sis tabah). 

Yang kawan-kawan pulak, bila Aku cakap x dapat, dieorg kecoh semacam.


“kau tak dapat ke? Janganlah main2 wei! Aku Tanya betul2 ni!”


Aku rasa macam  nak hembus pon ada jugak. Dieorang ingat Aku main2 agaknya. Dah tu lama jugak la Aku menghilangkan diri. Mencari kekuatan. Aku akui salah aku jugak (sis redha). Salah isi UPU.Tapi melalui ujian tu, banyak jugaklah yang Aku belajar.


Masa kau tak sempurna macam orang lain nilah kau boleh bezakan mana kawan yang sentiasa sokong kau dan mana kawan yang cuma nak perhatikan kau je! Haha (senyum sinis)


Jadi, kepada korang yang nak isi UPU , tolong eh jangan buat salah macam yang Aku buat. Semak betul-betul setiap maklumat yang korang isi dan yang paling penting, pastikan kos atau bidang yang korang pilih tu memenuhi syarat yang ditetapkan.


UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.

Tu je Aku nak pesan.

Thursday, 7 January 2016

JANGAN MALAS BELAJAR!

“Hai korang..semua buat apa? Semua buzy ke?”

“ Aku ada program dekat kolej ni.” Balas Rash, pendek.

“ Aku sibuk dengan lab report ni. Satu hari ada dua lab. Lepas tu nak buat paper work lagi. Nak handle program.” Balas Sofie.

Aku hanya mampu membaca mesej wassap dari group kami. Group Kawan Baik till Jannah, yang ditubuhkan untuk kami berempat. Sahabat dari sekolah menengah.  Aku, Rash,Sofie dan Bella.
Aku membalas,

 “Em..sibuknya semua, aku ni tak sesibuk korang pon tapi..malasnya nak study. Padahal lusa ada paper kimia.”

“Tu nafsu tu. Jangan dilayankan sangat.” Balas Sofie.

 “kan. Aku rasa macam tu juga. Aku ni tak bersyukur. Tak sedar agaknya nak masuk U dulu susah. Dah dapat panggilan kedua pun nak main – main lagi. Haha.” Balasku. Sedikit penyesalan terbit di lubuk hati. Kenapalah rasa malas tetiba.

“Huhu. Do the best ok! Jaga diri. Tak mau negative. Positif-positif J.” Balas sofie lagi

“OK. Thank you awak.. ;)”  balasku seraya menghentikan perbualan.

*********************************************************************************
Kipas syiling kurenung dalam-dalam. Setiap pusingannya kuperhatikan.

 ‘Kipas ni tak penat ke asyik pusing aje. Kesian aku tengok. Tapi kalau dia tak pusing pulak, aku yang panas nanti. Hahaha . apalah yang kau merepek ni oiii…’ Hatiku bermonolog sendirian.

Telefon bimbit dihujung kaki kucapai. Melihatkan tiada pesanan baru yang diterima daripada aplikasi wassap, aku tersenyum sendiri.

 ‘Semua mesti tengah khusyuk belajar ni. Wahai hati..kenapalah kau rasa malas ni ha?? Aish! Bermasalah ni. Mungkin perlukan tarbiyah hati ini.’


Aku membuka folder gambar. Satu persatu folder tersebut ku lihat. Terimbau kembali saat makan bersama Dr. Zufar yang sangat baik. Saat gembira keluar bersama teman-teman rapat dan saat teringat akan waktu menonton filem DILWALE kelmarin. Tanpa sedar, bibir mengukir senyuman.
Tiba-tiba di sekeping gambar, tanganku terhenti. Mataku tajam merenung bait-bait kata pada sekeping gambar yang ku screenshot itu.


“setiap kali aku merasa malas belajar,aku selalu ingat bahawa anak-anakku kelak berhak dilahirkan dari rahim seorang perempuan yang cerdas.”


Gulp! Terasa terpukul dengan kata-kata itu. Betul tu. Kalau aku malas, macam mana nak pandai. Dah tu nanti kalau aku kahwin,  bakal anak-anak aku berhak untuk punyai ibu yang pandai kan? Em. Tiba-tiba teringat kata-kata ustazah sewaktu di Kolej Mara dulu,

“orang perempuan ni, kalau nak menikah, ni ustazah nak habaq, perangai tu kalau boleh biaq perelok sikit na. Paling tak 6 tahun sebelum menikah. Jaga perangai. Solat jaga, aurat jaga , akhlak jaga. Nanti kalau hangpa suma tak jaga perangai elok-elok nanti, anak-anak hangpa dok buat perangai pelik-pelik hangpa jangan  terkejut  na.”


‘Erk..sekarang dah 20 tahun. Nak kawin dalam 25. Hehe.. Ish, ada lebih kurang 5 tahun lagi ni. Tak boleh ni. Imannn…jangan malas. Kau tak kesian ke nanti kat bakal anak-anak kau? Kalau kau belajar main-main, exam tak skor, macam mana masa depan kau beb! Mesti kau tak nak ‘dieorg’ hidup susah kan!  Ish! tak boleh-tak boleh. Kau tak boleh malas ni. Masa depan dibeli oleh masa sekarang. Apa kau buat sekarang ni?’ Gumam Iman bersendirian.


 Dikerlingnya buku kimia diatas meja itu. Buku tu dah lama tak terusik. Satu hari suntuk ni masanya dihabiskan dengan benda-benda yang tidak berfaedah sahaja. Mendengarkan laungan azan, menandakan waktu solat fardu isyak telah masuk.


“Astarghfirullahalazim. Dah banyak masa aku terbuang. Kesian ibu ayah. Mesti , ibu ayah kecewa kalau tahu aku main-main macam ni! Huish. IMAN AISYAH BINTI NAZMI!!! Bangun sekarang!!Jangan malas-malas!! STUDY!!!!!!” 
Jeritku sekadar untuk membangkitkan semangat dalam diri.


Usai solat, aku  memanjatkan doa memohon agar dosa-dosaku diampunkan.Sungguh diri ini khilaf. Menuntut ilmu satu jalan jihad. Kesabaran amatlah dituntut.


“KALAU KAU BERANI MALAS, JANGAN KAU TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH!”

Usai menulis kata-kata itu, Iman menampalnya di dinding . Setiap kali rasa malas bertandang, matanya memandang dinding tersebut. Dalam diam, semangat berkobar-kobarnya kembali bertandang.


‘Angah nak bahagiakan ibu ayah. Ibu ayah, doakan angah ye.’ Telefon bimbit dimatikan dan buku kimia tadi kembali berada dalam genggaman Iman.


Monday, 4 January 2016

SETIAP PERTEMUAN ADA PERPISAHAN

Hujan yang turun pagi itu terasa mendamaikan. Bunyi kicauan burung sunggguh mengasyikkan. Sedang asyik mengelamun, aku terkejut tatkala merasakan ada tangan asing menerpa ke bahuku. Dek rasa terkejut yang amat, segera aku berpaling.

“Ish..ibu rupanya, terkejut Iman. Ingatkan tadi tangan siapa.” 
 “Ibu tengok Iman ni asyik termenung aje. Kenapa?? Tak sihat ke?”

Tanya ibu sambil tangannya mengusap dahi dan leherku. Lantas tangan ibu kubawa ke hadapan.

“Taklah ibu..Iman tak demam pon. Tak sakit pon. Ni sihat je ni. Iman.. Iman..”
 “Iman kenapa?”
 “Iman cuma terfikir macam mana ya nanti hidup iman tanpa ibu? Kuat ke Iman nanti bu?”

Aku mula mengutarakan setiap rasa di lubuk hatiku. Rasa resah gelisah mula menghantui. Rasa takut untuk ditinggalkan keseorangan lagi dan lagi. Rasa kecewa andainya berlaku perpisahan yang tidak diingini.

“Hey..kenapa Iman cakap macam ni sayang..?” 
Ibu mula melabuhkan punggungnya berhadapan dengan ku.
 “ Iman anak ibu yang kuat. Iman tak boleh fikir macam ni. Iman..”
Ibu mengambil nafas seketika.

“Setiap  pertemuan dan perpisahan yang berlaku semuanya dah ditentukan ALLAH nak.. Tak ada yang sia-sia. Tiap satu pertemuan itu terselit hikmahnya, dan tiap satu perpisahan itu pula ada pengajarannya.” Tutur ibu penuh hikmah.

 Lalu ibu menambah lagi,

“Ni, ibu nak pesan, Bila Allah hantar orang baik dekat kita lepastu Allah tarik balik mereka dari kita dengan cara perpisahan, itu tandanya Allah nak tenguk kita ni jadi baik sebab Allah atau sebab manusia? Iman x perlu takut pun dengan pertemuan dan perpisahan yang berlaku sebab itu fitrah dalam hidup. Ibu sentiasa doakan anak ibu yang comel ni kuat dan tabah bila berhadapan dengan masalah.”

 Air mataku mula bergenang.

“ Ibu takkan selalu ada depan mata Iman. Tapi, ibu nak sayang ibu ni tahu ibu tak pernah lupa doakan along, iman dan adik. Kalian harta ibu yang paling berharga.”

Air mata yang sedari tadi bertakung, kini pecah berderai di tubir mataku. Ibu segera kudakap.Erat. Setelah beberapa minit, ibu meleraikan pelukan. Lantas mukaku diangkat dan ditenung dalam-dalam.
Ibu berkata, 

“ke ada someone special yang tinggalkan iman ni ha..?? Lain macam aje sedihnya.  Macam orang putus cinta..” Tebak ibu sambil disertai gelak tawa.

“eeh..ha..mana ada eh..mana ada orang yang nak anak ibu ni..Dah la gembeng banyak mulut pulak tu. Iman mana ada yang istimewa bagai tu semua. Takda..takda..” 

Balasku sambil menggiling-gelingkan kepala.

“ ye ke? Ibu nak percaya ke tak ni? Hahahaha… Dah jom ikut ibu ke dapur. Anak dara kena pandai masak. Nanti karang kena tinggal susah..sedih aja lepas tu..”

 Tambah ibu lagi sambil ketawa yang berterusan.

 “Ibu..ibu ni dah lama tak kena geletek dengan Iman ni..” Aku bangkit sambil ketawa.. 
“hahaha..jom ibu, iman pon dah lapar ..”

Kakiku atur menyusur langkah ibu ke dapur. 

Dalam diam hatiku mengiyakan tekaan ibu sebentar tadi,


‘ibu betul..memang iman ditinggalkan seseorang yang iman hargai sangat. Biarlah . Biarkan dia pergi. Biarkan ianya menjadi rahsia..’