Hah, dah jom sambung lagi 4 subjek yang aku tangguhkan
haritu.
MANUSIA ALAM SEKITAR
Subjek ni belajar
pasal pencemaran alam sekitar, aktiviti manusia yang mencemarkan alam sekitar.
Perbandingan antara Negara-negara luar , kesan politik kepada lalam sekitar dan
banyak lagi. Jujur, subjek ni perlu pembacaan yang menyeluruh. Tapi bagi aku
subjek ni menarik. Membuka minda. Contohnya, macam kereta dicipta dan dijual dengan harga yang sangat
tinggi dan bentuk yang menarik minat orang ramai untuk membelinya, tetapi harga
untuk setiap pencemaran asap kereta yang dilepaskan ke udara, tiada yang
membayarnya. Sedangkan harga atau akibat daripada pencemaran asap kereta yang
dilepaskan ke udara lagi besar dan lagi mahal berbanding harga kereta itu
sendiri. Sama macam air mineral dalam botol plastik . Harga sebotol air mineral
tu baru RM.120 tetapi harga yang dibayar untuk melupuskan botol plastic tu
sendiri agak-agaknya berapa? Memang sangat tidak berbaloi! Botol plastic tak
mudah untuk dilupuskan. Sebab tu perlu kita kitar semula barangan plastic ni.
Tu serba sedikit gambaran pasal subjek ni. Subjek ni meluas, dan aku Cuma sentuh
sikit je. Kiteorang ada buat lawatan ke WETLAND PUTRAJAYA untuk assignment
kiteorang. Assignment macam biasa lah,
folio dan pembentangan.
BIOLOGI ALAM SEKITAR
Subjek ni belajar mengenai biodiversity alam sekitar.Ni focus
lebih kepada ekosisitem kita. Kalau berlaku pencemaran menyebabkan kepupusan
dan mengancam ekosistem kita. Subejk ni ada lab. Lab pasal microbe,sampling
technique dan lain-lain. Pensyarah subjek ni best. Dr. Zufar sporting sangat.
Dr, banyak ajar melalui video. Mudah dan sangat ringkas. Dalam bio ni korang belajar jugak pasal
speciation,adaptation, bioremediation,biogeography,biogeochemical cycle dan
banyak lagilah. Assignment ada kena buat video,pembentangan. Ada juga kena
jawab test. Kelas kuliah biasanya 2 jam je.
KIMIA ALAM SEKITAR.
Dah nama pun kima, jadi apa yang dibelajar mestilah mengenai
kesan bahan kimia kepada alam sekitar. Apa yang aku boleh cakap, korang kena
kira pH air yang dah tercampur dengan alkai atau acid, kira solubility
solution, balanced kan equation in acid or alkali medium dan teori hardness of
water. Yang tu semua masih dalam ingatan aku la. Yang selebihnya ada, tapi tak
ingat. Maaf ye.. Subjek ni kan, bonusnya untuk budak-budak
matrik,asasi,stpm(aliran sains) . Sebab korang belajar balik apa yang korang
pernah belajar dulu. Cuma ingat tak ingat je la. Faham, selang antara habis
matrik or asasi or stp dengan keputusan untuk masuk u sangatlah jauh. Gap lebih
kurang 3/4 bulan kan. Kimia ada lab. Lab kena punctual. Macam kiteorang dulu,
lab lama wei dari pukul 2-5 lepastu nak kena hantar report hari tu jugak. So,
kena pandai-pandai la bahagi kerja antara ahli kumpulan. Report hantar email.
Jadinya bawak laptop ye. Tapi tak semua lab habis lambat. Ada jugak lab yang
senang. Jadi, kalau rasa-rasa nak habis awal, buat eksperiment betul-betul.
Pastikan result eksperiment tu valid.
FIZIK ALAM SEKITAR
Kenapa fizik? Apakaitannya dengan alam sekitar? Ok, jawapan
yang paling tepat, aku sendiri tak pasti. Dah tu belajar apa je fizik? Ok, tu
soalan yang bagus! Dalam fizik kau akan belajar pasal:
- Vector & scalar product
- Momentum
- Velocity, acceleration
- Impulsive force
- Gas pressure
- ……………
Banyak beb kalau aku nak senaraikan. Ada dalam 14 bab.
Tapikan, ada cara sebenarnya. Fizik, Pensyarah awal-awal lagi dah cakap yang di
hanya akan Tanya dalam final mengenai apa yang dia ajar dalam kuliah. Dan itu
aja. Sebab tu aku bagitahu yang kuliah tu penting. Kalau acah-acah nak Tanya kawan
je atau suruh kawan terangkan balik, aku rasa tetap tak sama. Tu pada pandangan
aku lah. Sebab aku pernah melaluinya.
*********************************************************************************
Macam mana? Ok dah? Jadi, aku buatkan rumusan ye.
Kesimpulannya pada sem satu ni,korang akan belajar lebih kepada subjek sains. Subjek alam sekitar ada , Cuma sikit
sebab nanti akan lagi mendalam pada sem berikutnya. Jadi, berhempas pulaslah
anda-anda semua pada sem satu ni. Sebab apa?
Sebabnya sem-sem yang akan datang akan penuh dengan kejutan…
Hehe :D
*********************************************************************************
*gambar masa pergi WETLAND PUTRAJAYA*