Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Friday, 25 June 2021

Tentang COVID-19

Pelitup muka yang sangat sinonim dengan covid-19
boleh kitar semula menjadi pasu mini :D

Semuanya bermula hujung tahun 2019. Coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 dilaporkan telah bermula di Wuhan China. Wabak ini telah merebak secara “total” pada awal tahun 2020. Sehingga kini, pada saat entri ini ditulis, tahun 2020 telah berlalu memasuki 2021 namun wabak ini masih belum tunjuk tanda-tanda perpisahan. Malaysia sahaja telah mengalami berapa kali gelombang disebabkan wabak ini. Perintah kawalan Pergerakan telah hamper memasuki kali ke-4. Perintah kawalan pergerakan bersyarat dan perintah kawalan pergerakan pemulihan juga telah dilaksanakan. Tapi covid masih belum menunjukkan tanda-tanda pengakhiran. Hayatnya yang dilihat semakin panjang dengan kewujudan varian-varian yang baru serupa memberitahu dunia akan kehadiran “family” nya baru nak berkembang. Namun jujurnya rasa lega sebab berbanding dengan tahun 2020, tahun 2021, telah wujudnya vaksin untuk diberikan kepada seantero dunia. Dan aku pun telah menerima suntikan pertama vaksin pada 4 Jun 2021 yang lalu. Bercerita mengenai vaksin ni, biasalah tak kan pernah habis. Pertelingkahan pendapat seluruh dunia tentang covid dan vaksin ni takkan pernah sunyi. Jadinya, biarkan ianya disitu.

 

Apa yang nak ditulis pada kali ni adalah tentang setiap orang yang mengalami perubahan dalam corak kehidupan kesan akibat covid. Jujurnya, semua lingkungan usia terkesan. Dari sekecil kecil bayi hinggalah setua-tua manusia takkan pernah terlepas dari natijahnya covid. Kesian tenguk generasi baby “pkp” baby “covid” membesar. Turut bersimpati dengan budak-budak yang baru nak membesar dalam lingkungan sekolah rendah dan menengah. Jujur, aku sangat terkenang nasib mereka yang tinggal di pedalaman. Zaman covid, semua aktiviti manusia memerlukan jaringan telekomunikasi dan internet yang bagus. Setidaknya untuk kita yang dah dewasa ni yang merupakan peljar IPTA atau IPTS, kita dah boleh bertindak sendiri untuk pastikan kita “survive” dalam situasi ni. Bagi budak budak tu macam mana? Masa depan mereka sangatlah bergantung kepada ibu bapa mereka. Bagi ibu bapa yang boleh ikhtiarkan untuk anak mereka, ok itu sangat bagus. Macam mana pula dengan yang sangat tidak mampu? Kalau sebelum ada covid pun mereka ketinggalan, dengan adanya covid ni, lagilah mereka seperti ditelan mati emak diludah mati bapak.

 

Jujurnya aku bersyukur sebab ujian aku tak sebesar ujian mereka. Di usia 24 tahun ketika wabak ni mula merebak, masih belum terlalu lambat untuk aku menyalahkan semuanya kepada covid. Bersyukur sebab pada 2019, tu betul-betul dah dapat tamatkan pengajian ijazah pertama dan merasai konvokesyen dengan keluarga dan kawan kawan. Aku terkesan juga dengan covid. Tapi tidak lah terlalu terkesan. Entahlah covid pada umur yang betul betul meningkat dewasa ni buat aku rasa bersyukur sebab dalam masa yang sama boleh sisi sisi kehidupan tu Nampak depan mata. Nampak macam mana orang yang tengah dalam fasa pekerjaan stabil menstabilkan kehidupan ketika covid, Nampak juga macam mana orang kaya struggle dengan kehidupan yang berubah akibat covid, Nampak macam mana merek mereka warga emas yang dah memasuki fasa pencen (tidak bekerja) survive dengan kehidupan era covid menggunakan duit simpanan di waktu mereka kerja. Dan semua ni aku tak pernah terfikir pun sebelum ni. How bad and worst a situation can be?. Ada pekerjaan tetap bukan juga tiket untuk rasa selesa. Ada bisnes yang bagus juga bukan satu benda yang selamat. Sebab, bila wabak melanda semua orang tak akan pernah terkecuali. Jadinya apa yang membuatkan aku terfikir adalah seberapa cukup untuk kita merasa cukup dan seberapa susah kita boleh susah.

 

Mungkin kata kunci untuk apa yang bermain diminda ni adalah seberapa banyak tahap “survival and adaptation” yang yang diri sendiri boleh capai dengan cepat. Dan pada usia 25 tahun, aku rasa beruntung sebab macam masih muda lagi untuk fikir perancangan untuk situasi yang paling teruk akan terjadi. Sebab I think its not too late for me to arrange back based on what have happened right now!. Yeah itulah yang aku rasa. Instead of asyik nak menyalahkan covid sebab muncul, why not pilih untuk tengok the other side. Penat kot asyik nak salahkan kerajaan, nak salahkan penyakit. Jadinya perkara yang dah jadi ni kena betul betul supaya masa depan nanti diusia 30 an, 40 an 50 an 60 kalau perkera sebegini jadi, dah ada backup plan dah. For those yang plan kawin, dorang kena plan dah in future kalua benda macam ni jadi, apa yang korang prepare untuk anak korang, parents dorang and diri dorang sendiri. Orang selalu cakap prepare for the worse. But how worst is worst?? Setiap orang ada takrifan sendiri, so define yours!

 

Ujian susah tu dah susah. Ujian senang tu lagi susah!! Hidup ini sebuah penggembaraan kan. Dan bagi aku, covid ni jadi pada masa aku betul betul tengah naik bukit dengan kereta dan tiba tiba dekat suatu curam yang tinggi tu kereta aku stuck and aku kena tarik handbrake. Keluar and lihat sekeliling dari pandangan atas. Dan mungkin pada saat itu aku tertanya, patutkah aku akan terus naik bukit tu dengan keadan bercuram yang sama atau aku undur balik semula dan tukar dari bukit ke pantai yang dimana tk perlu mendaki kerana laluan sepanjang pantai itu terbentang datar sahaja atau aku masih boleh teruskan ke bukit tu menggunakan jalan yang lain atau instead of guna kereta untuk sampai situ, aku guna helicopter? Hahaha

Life is a choice and be responsible for our choice!

 

Bukit yang cantik hey! Bukit yang cantik! Tiberrr hahaha senget.

No comments:

Post a Comment