![]() |
Pelitup muka yang sangat sinonim dengan covid-19 |
Apa yang nak ditulis pada kali ni adalah tentang setiap
orang yang mengalami perubahan dalam corak kehidupan kesan akibat covid.
Jujurnya, semua lingkungan usia terkesan. Dari sekecil kecil bayi hinggalah
setua-tua manusia takkan pernah terlepas dari natijahnya covid. Kesian tenguk
generasi baby “pkp” baby “covid” membesar. Turut bersimpati dengan budak-budak
yang baru nak membesar dalam lingkungan sekolah rendah dan menengah. Jujur, aku
sangat terkenang nasib mereka yang tinggal di pedalaman. Zaman covid, semua
aktiviti manusia memerlukan jaringan telekomunikasi dan internet yang bagus.
Setidaknya untuk kita yang dah dewasa ni yang merupakan peljar IPTA atau IPTS,
kita dah boleh bertindak sendiri untuk pastikan kita “survive” dalam situasi ni. Bagi budak budak tu macam mana? Masa
depan mereka sangatlah bergantung kepada ibu bapa mereka. Bagi ibu bapa yang
boleh ikhtiarkan untuk anak mereka, ok itu sangat bagus. Macam mana pula dengan
yang sangat tidak mampu? Kalau sebelum ada covid pun mereka ketinggalan, dengan
adanya covid ni, lagilah mereka seperti ditelan mati emak diludah mati bapak.
Jujurnya aku bersyukur sebab ujian aku tak sebesar ujian
mereka. Di usia 24 tahun ketika wabak ni mula merebak, masih belum terlalu
lambat untuk aku menyalahkan semuanya kepada covid. Bersyukur sebab pada 2019,
tu betul-betul dah dapat tamatkan pengajian ijazah pertama dan merasai
konvokesyen dengan keluarga dan kawan kawan. Aku terkesan juga dengan covid. Tapi
tidak lah terlalu terkesan. Entahlah covid pada umur yang betul betul meningkat
dewasa ni buat aku rasa bersyukur sebab dalam masa yang sama boleh sisi sisi
kehidupan tu Nampak depan mata. Nampak macam mana orang yang tengah dalam fasa
pekerjaan stabil menstabilkan kehidupan ketika covid, Nampak juga macam mana
orang kaya struggle dengan kehidupan yang berubah akibat covid, Nampak macam
mana merek mereka warga emas yang dah memasuki fasa pencen (tidak bekerja) survive dengan kehidupan era covid
menggunakan duit simpanan di waktu mereka kerja. Dan semua ni aku tak pernah
terfikir pun sebelum ni. How bad and
worst a situation can be?. Ada pekerjaan tetap bukan juga tiket untuk rasa
selesa. Ada bisnes yang bagus juga bukan satu benda yang selamat. Sebab, bila
wabak melanda semua orang tak akan pernah terkecuali. Jadinya apa yang
membuatkan aku terfikir adalah seberapa cukup untuk kita merasa cukup dan
seberapa susah kita boleh susah.
Mungkin kata kunci untuk apa yang bermain diminda ni adalah
seberapa banyak tahap “survival and
adaptation” yang yang diri sendiri boleh capai dengan cepat. Dan pada usia
25 tahun, aku rasa beruntung sebab macam masih muda lagi untuk fikir
perancangan untuk situasi yang paling teruk akan terjadi. Sebab I think its not too late for me to arrange
back based on what have happened right now!. Yeah itulah yang aku rasa.
Instead of asyik nak menyalahkan covid sebab muncul, why not pilih untuk tengok the
other side. Penat kot asyik nak salahkan kerajaan, nak salahkan penyakit.
Jadinya perkara yang dah jadi ni kena betul betul supaya masa depan nanti
diusia 30 an, 40 an 50 an 60 kalau perkera sebegini jadi, dah ada backup plan dah. For those yang plan kawin,
dorang kena plan dah in future kalua benda macam ni jadi, apa yang korang prepare untuk anak korang, parents dorang and diri dorang sendiri.
Orang selalu cakap prepare for the worse.
But how worst is worst?? Setiap orang ada
takrifan sendiri, so define yours!
Ujian susah tu dah susah. Ujian senang tu lagi susah!! Hidup
ini sebuah penggembaraan kan. Dan bagi aku, covid ni jadi pada masa aku betul
betul tengah naik bukit dengan kereta dan tiba tiba dekat suatu curam yang
tinggi tu kereta aku stuck and aku kena tarik handbrake. Keluar and lihat sekeliling
dari pandangan atas. Dan mungkin pada saat itu aku tertanya, patutkah aku akan
terus naik bukit tu dengan keadan bercuram yang sama atau aku undur balik
semula dan tukar dari bukit ke pantai yang dimana tk perlu mendaki kerana
laluan sepanjang pantai itu terbentang datar sahaja atau aku masih boleh
teruskan ke bukit tu menggunakan jalan yang lain atau instead of guna kereta
untuk sampai situ, aku guna helicopter? Hahaha
Life is a choice and be responsible for our choice!
Bukit yang cantik hey! Bukit yang cantik! Tiberrr hahaha senget.