'Rasanya aku ada chat sorang tu je. Dia balas ke?' Bisik hatinya.
Lantas dia membuka ruangan messenger untuk menamatkan segala tanda tanya yang dirasakan. Bibirnya menguntum seulas senyuman pabila melihat nama yang tertera pada inboxnya.
" Ha..hidup pon lagi. Ingatkan dah tak de dah. Lama noh nak nampak dia online. Balas jugak. ceh!"Bebel Humaira sendiri. Bibirnya dicebikkan untuk melepaskan rasa yang tidak tertahan lagi.
Hatinya geram kerana mesej yang dihantarnya seminggu lalu dibiar sepi. Tiada sebarang respon daripada pihak sana.
Matanya memfokuskan pada tiap baris ayat yang dihantar:
"Waalaikumssalam..maaf lama x bukak fb. Ni baru balik. kat rumah ni. Balik kejap je ada hal."
" Ohh yeke. So how? Goodluck untuk final exam next year." Balas Humaira pendek.Entah kenapa rasa teruja yang selalunya wujud, kian hilang.
Sejurus membalas perbualan Umar, Humairah bingkas dari tempat duduknya. Dia melangkah ke luar rumah, bersila di halaman sambil melihat bintang dilangit yang hitam. Dalam diam, hatinya bermonolog sendirian,
"Kenapa disaat aku nak melangkah pergi dari semua ini, masa tulah kau muncul balik. Kenapa Umar? Kenapa?? Aku terima if kau tak sudi. Aku tak kesah. Sebab bagi aku, kau tak salah pon Umar. Aku yang mulakan semua ni. Dan..aku tahu, aku jugak yang perlu noktahkan semua ni! Tapiii.......aku tahu, yang aku tak mampuu..huh..."
Manik di tubir mata berderaian satu persatu tatkala mata dipejamkan. Humaira membiarkan segala rasa mengalir pergi. Dia tahu dia tidak perlu marah disaat apa yang ditunggu-tunggu telah datang. Dia tahu dia tak punya hak untuk merajuk atas kesepian yang diberikan Umar. Namun, dia juga tahu bahawa hatinya rindu.
No comments:
Post a Comment