Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Saturday, 14 May 2016

Bakti Siswa Fasa 1 2016 (#cerita aku)

Alhamdulilah, secara rasminya kelas bakti siswa fasa 1 2016 dah pon bernoktah. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Miss Aisyah dan En. Farol atas tunuk ajar yang diberikan. Tak lupa kepada Syahmi yang banyak ajar banyak benda dan pertolongan rakan-rakan dari UPSI dalam menjayakan projek mega ni.

Pengalaman aku jadi timbalan pengarah biasa-biasa la. Adat nak kena buat itu dan ini perkara biasa. Miss banyak suruh buat tiu ini. Terima kasih jugak dekat Pengarah aku, Aizat sebab tolong handle mana yang aku tak mampu buat.
Memang kita tak mampu capai darjah kesempurnaan dalam semua perkara. Aku belajar cara-cara nak bagi arahan dekat orang bawahan macam mana. Jujur aku cakap, maaf sangat2 dekat ketua2 ajk sebab korang rasa kena push dengan kami yang ajk top ni. Tapi actually kami pon di pushhh…hahahahahaha

Jujur,aku seorang pemalu sangat. Nak cakap dalam group besar pon aku akan draft ayat tu dulu. Lepas tu semak berkali-kali ada error ke tidak. Kahkahakah.. dan kalau aku biasanya jadi silent reader, kali ni aku pulak rasa macam mana kalau orang silent reader kan kau..bhabhabha..

Nak cakap pasal orang suka or tak suka dekat kau, itu adat la wei. Maaf la kepada mana2 insan yang tak suka dengan cara aku or tak suka dengan kredibiliti aku its okay. Aku tak berapa nak kesah sangat pun. Kepada mana2 yang rasa aku marah-marah atau terover mengarah, once again..im sorry.

Benda ni datang dekat aku tanpa aku minta pon. Disebalik ni semua ada sesuatu. Kahkahkah. Pada awalnya aku Cuma menwarkan bantuan untuk mewakilkan je. Tapi ..kuang-kuang-kuang.. aku terima dengan hati terbuka. Sebab niat aku nak belajar. Life long learning kan. Mana nak kutip pengalaman ni semua kalau kita tak laluinya.

Last nak cakap, program ni nice sangat2. To ibu ayah, terima kasih sangat2 sebab support angah. Untuk bff aku (fea-nab-wafa) thnks sebab jadi pendengar aku yang setia.. Dan untuk Sara dan Syiqin dari UPSI, kolaborasi antara UPM & UPSI satu gabungan yang tepat! Korang geng2 UPSI semua best2 sgt.

Saat rasa nak mengalah,aku mesti ingat yang Allah takkan letak sesuatu perkara luar dari kemampuan diri kita. Dan jujur, Allah tahu yang aku mampu. Yeay!!

With lots of love,naz

Majlis penutupan program siswa@kampung

ok, bawah2 ni semua gambar dengan kumpulan aku.
 Bakti Siswa Kumpulan 9

semua point dekat Miss Aisyah.. Love you miss..
muah ciket..haha

diatas itu tiada apa2 melainkan kenangan kita semua bersama..hahaha
miss garang tapi baik..haha


Friday, 13 May 2016

FASA KEHIDUPAN..#part1

Setiap perjalanan hidup ini akan ada fasa-fasa yang tertentu.
 Aku mula terasa hidup aku betul2 ‘hidup’ lepas fasa persekolahan berakhir. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku sendiri rasa, masa zaman sekolah rendah dan menengah, hidup lebih kepada disusun dan tersusun. Semua ‘disuap’. Aku Cuma bercakap pada pandangan aku je. Mengambil pengalaman diri sendiri sebagai subjek untuk dihuraikan. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu ok..


Aku mula sedar, yang kehidupan aku sebenar baru nak bermula sejurus selepas tamat menjawab kertas peperiksaan teknologi maklumat(ICT) pada tahun 2013 bulan November. Ya, tahun itu adalah tahun aku SPM. Habis SPM, aku tertanya-tanya, selepas ini macam mana dengan hidup aku? Aku bebas dari peraturan sekolah, bebas dari guru displin, bebas dari kerja sekolah dan bebas dari kena pindah kelas. Haha!


Mula mencari minat? Aku pon tak tahu aku minat apa! Ok, itu masalah aku. Seingat aku, masa tunggu keputusan SPM, aku tak buat banyak perkara pun. Benda wajib adalah ikut ayah pergi kerja. Ayah ada kedai cuci kereta. Jadi, sepanjang 3 bulan tu, aku mencari nafkah bekerja dengan ayah..
**( nafkah la sangat!! Hahahahaha:P ).


Tapi bila ingat-ingat balik, duit sepanjang aku kerja dengan ayah tu, sikit pon aku tak simpan! (kuang-kuang)sebab masa tu aku tak kesah pon nak simpan duit. Maklumlah tak cukup matang. Duit yang ada aku buat beli topup, makan, dan tah kemana2 lagi aku bazirkan.


Masa habis SPM,aku berminat dah dengan pelaburan. Ayah selalu cerita dekat aku untuk melabur. Cuma masa tu ..kata2 ayah ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan (heee). Jadinya duit pon masa tu lagi banyak melebur dari melabur.. dan yang paling tak tahan tu, pantang ada duit gaji, aku pergi lenjan beli barang on-line (puihh..)sampaila kena bebel dengan ibu sebab banyak kali abang posmen datang rumah..hahahahahahah..*biasalah budak2 gatal tangan tak boleh pegang duit kan..


Akukan memang tak boleh kalau jalan2 dekat One Segamat (pasaraya) tanpa singgah kedai buku POPULAR tu.. kalau tak dapat beli buku pon, mesti aku akan beli majalah jugak. Nak dikatakan ulat buku..bolehla..dan yang menguatkan lagi andaian tu, aku dulu Tokoh Nilam peringkat Daerah Segamat tahun 2013, masa tu aku baru rasa yang aku berbakat rupanya..TOKOH NILAMM..kahkahakaha.. kau rasa??

Tapi sayang, hidup umpama roda kan..tak selalu kita akan berada diatas.. semuanya berubah bila aku masuk PLKN…bermulalah kisah yang baru…..
-Fea-Nab-Aku-Wafa-


Selamanya saya sayang bff saya!!

Hadiah JOHAN Tokoh Nilam Peringkat Daerah Segamat tahun 2013
(kategori Bahasa Melayu)