Featured post

Sakura Science Program (JAPAN 2022)

Sunday, 10 April 2016

BRIEFING SUBJECT B.E.S.T SEM 2

Assalamualaikum semua...aku tahu lama gila dah tak update blog. biasalah sibukkan. SIBUK MENCARI ALASAN!!! tak da lah sibuk mana wei. cuma tak pandai urus masa. tu je!
**emo dekat diri sendiri** huhu.


1. ESC3101-2:PRINSIP KESIHATAN ALAM SEKITAR.

Kursus ini merangkumi pelbagai isu dan masalah persekitaran yang memberi kesan ke atas kesihatan manusia berdasarkan kaedah toksikologi, epidemiologi, mikrobiologi dan kajian kes. Pencemaran di dalam beberapa media alam sekitar, bahan kimia dan racun perosak

2. ESC3509-1: PENGENALAN KEPADA ENVIROMETRIKS.
Kursus ini merangkumi topik asas statistik untuk data alamsekitar. Rumusan keadaan alam sekitar melalui analisis eksplorasidata dan statistik deskriptif dan inferans diperkenalkan. Pengaruhkebarangkalian atas persampelan dan penganggaran kesannya.

3.ESC3508-2: MATEMATIK GUNAAN UNTUK ALAM SEKITAR.
Kursus ini merangkumi prinsip asas matematik yang digunakandalam penyelesaian isu alam sekitar. Arah aliran alam sekitarditerang dengan menggunakan persamaan matematik. Topikkhas dalam model matematik akan dibincangkan juga.

4.ESC3009-1:ANALISIS DAN INSTRUMENTASI ALAM SEKITAR.
Kursus ini merangkumi analisis kimia dalam alam sekitar termasuk analisis pencemar organik, pencemar tak organik dan reaktiviti bahan pencemar dengan partikel. Penyediaan bahan kimia piawai dan kolum diperincikan. Instrumentasi terkini yang digunapakai.

5.BBI2423-1:ACADEMIC INTERACTION AND PRESENTATION.
Kursus ini melatih pelajar untuk bertutur dengan fasih dan yakin dalam interaksi dan pembentangan akademik. Kursus ini menekankan penggunaan tatabahasa yang tepat, serta kosa kata, bentuk bahasa dan ungkapan yang sesuai

6.QKK2101-9: BAKTI SISWA.
Kursus ini merangkumi perancangan komuniti, kaedah pengendalian, pelaksanaan dan penilaian aktiviti bakti siswa

7.FCE3204-3:KEMAHIRAN BERFIKIR.
Kursus ini meliputi konsep pemikiran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan membuat keputusan, dan pendekatan pengajaran kemahiran berfikir.

sumber: portal putrablast.

sedikit sebanyak la informasi tu..